Showing posts with label tol. Show all posts
Showing posts with label tol. Show all posts

07 August 2008

Bila jari menari ...

Masih berbicara soal moral dan sikap.

Sapa dapat full mark masa amik lesen memandu dulu? tak kire la, masa amik ujian 'L' atau ujian memandu. Bukan dapat full mark sebab 'undertable money' tapi dapat ful mark atas usaha sendiri. Ada sesapa? Kalu ada, tahniah, anda memang seorang pemandu yang berkhemah!

Tapi sikap rakyat Malaysia ni lain skittt. Kalau dia jalan kaki punya la bersopan santun. Orang kata sampai pijak semut pun tak mati. Tapi bila dah bawak kereta @ motor, abis semut tu bersepai kena langgar! Realiti dan bukan omong kosong. Percaya tak kalau geng kita yang biasa kita nampak kat ofis punyala innocent, nerd, pendiam tapi bila dia dah start masuk dalam kereta, perangai dah berubah! Daripada innocent jadi hilang arah dan pertimbangan! Bawak kereta macam bawak jet lajunya. Sabarla beb, ko bawak laju ke slow macam siput sedut ke, ko pun sampai jugak!

Ada ke orang bawak slow tak sampai? Setakat ni yang aku dengar orang yang bawak laju jarang sampai. Sebab apa, sebab dia bawak dah terlampau laju sampai langgar tiang lampu!! Yang bawak slow tak sampai sebab dia tengah tengok orang yang melanggar tiang lampu tu!

Apa bezanya? Ko bawak laju pun ko sampai (dengan selamat), ko bawak slow pun ko sampai (kompom selamat!).

Aku suka travel malam kalau balik kampung sebab jalan agak clear. Banyak kali kalu aku balik malam, hiway PLUS tu dah jadi macam litar lumba. Semua orang nak duduk lane kanan. Kalau duduk lane kanan tu bawak laju takpela jugak, ni bawak macam siput sedut! Sampai jemm lane kanan tu! Hairan bin Ajaib! Bila lane kanan dah jem, lane kiri pulak bertukar secara automatik jadi lane paling laju. Lane tengah jugak yang maintain. Ada sekali tu aku yang tengah memandu kat lane tengah pun kena 'blink²' lampu dari kete belakang. Aku rasa aku bawak dah cukup laju. Tapi masih kena blink² lampu. Aku tengok cermin belakang, laaaa...myvi jeke. Dah tau ko nak laju, ko masuk jela lane kanan. Yang ko nak cucuk aku kat lane tengah nape pulak. Oh ya, lane kanan banyak sangat kete merc dengan bm sebab tu ko tak berani masuk kan. Ish³. Aku pun rasa simpati juga dengan myvi tu. So aku tukar gear 4....nak slow, nak masuk lane kiri sama kasi dia potong. Bila dia dah nak potong tu........aku tuka gear 5, terus pecut masuk lane tengah balik tinggalkan dia!!! Hahahahahahahaha. Sapa suruh main blink² dengan aku. Silau tau. Oh ya, JANGAN DITIRU AKSI INI heheheh.

Niat aku memang baik masa tu. Cuma tu la aku cakap, moral dan sikap. Kadang² terlupa juga...ya ampunn!!


p/s: bila lagi minyak mau turun?

05 August 2008

Bila keybod berbunyi ...

Saman oh Saman!

Bukan salman khan atau salman ye, tapi S.A.M.A.N, saman. Sapa antara kita yang memandu tak pernah kena saman? Tahniah! Anda pemandu berhemah :) keep it up!
Aku pertama kali kena saman bila speeding kat Lebuh AMJ a.k.a By-Pass Muar-Melaka heheh. Kat situ limit dia 90 km/j je. Tapi aku telah tertekan minyak sampai 110 km/j! Aku pun tak sedar bila aku buat cam tu. Tau² dapat je surat dari PDRM. Aku ingat aku dapat anugerah ke, sijil penghormatan ke, rupanya pemberitahuan bahawa aku telah melakukan kesalahan! Ahahah. Pengamal Undang² pun buat salah, apalah lagi rakyat biasa. Punyala aku risau masa tu. Yela, sekali kena RM300 maa!! Banyak tuu!! Buleh buat isi minyak 2-3 bulan (masa tu la)

Setelah berdiskusi dengan rakan sekerja, aku pun dinasihatkan untuk membayar je saman tu kat Balai Polis Trafik berhampiran. Takkan nak mengadap Majistret pulak semata² sebab tu. Kang jatuh reputasi hehehe.

Maka, aku pun meminta tulung staff aku yang paling ayu kat ofis tu untuk pergi ke Balai untuk menyetelkan saman tu. Maklum la, aku dulu buat kes eksiden. So rajin juga la ke Balai sana untuk amik repot orang. Sambil kat ofis tu aku mundar mandir jela menunggu staff aku tu balik. Hati tak tenang ni. Tetiba...

"Encik wan, orang kat balai ni tanya berapa cik wan nak mintak kurang" "Err kalu boleh se maksimum mungkin la"
Talian 'idle' sebentar.

"Ok cik wan, diorang cakap bayar ikut kelajuan cik wan bawak"

Adusss!! Ikut kelajuan aku bawak? Jap²...aku bawak 110 km/j bermakna aku kena bayar....RM110 la.

"Ok la tu su. Nanti saya bagi duit"

Melayang RM110 aku!

Tu baru saman speeding. Lepas tu aku ada dapat saman parking plak! Adesss. Yela parking merata corok. Walaupun kereta ada lekat itu sticker "Peguam" sama "Mahkamah" tapi saman tetap saman! Siap sangkut saman aku dekat viper dekat sticker aku tu lagi. Terima Kasih Encik Penguasa, anda telah menjalankan tugas tanpa memilih bulu!

Tu baru saman speeding. Lepas tu aku ada dapat saman parking plak! Adesss. Yela parking merata corok. Walaupun kereta ada lekat itu sticker "Peguam" sama "Mahkamah" tapi saman tetap saman! Siap sangkut saman aku dekat viper dekat sticker aku tu lagi. Terima Kasih Encik Penguasa, anda telah menjalankan tugas tanpa memilih bulu!

Haritu balik Muar lagi. Bertolak dari KL jam 8.30 malam. Masuk tol Sungai Besi, keluar tol Ayer Keroh. Aku kalau balik Muar memang takkan ikut Tangkak atau Pagoh. Kalau ikut Tangkak, malam² bute memang bahaya! Dan jauh juga. Aku duduk Bukit Pasir, senang lagi kalu ikut Ayer Keroh atau Pagoh. Bahaya ikut Tangkak bukan sebab jalan licin kea pa, tapi sebab orang cerita ada benda² yang korang tak sangka jumpe buleh terjumpe. No harm Tangkak people. Hanya mendengar cerita² larut malam J. Kalau ikut Pagoh memang dekat tapi tol mahal. Oh nehi, nehi! Dengan harga minyak yang mahal (ehh…harga minyak dunia bukan dah turun ke? Kenapa minyak kita tak turun lagi? Owh…tengah kaji rupanya. Muskil…nak naik minyak tak payah kaji pulak…haiiii) di tambah dengan tol yang memang mahal, hanya keadaan tertentu je aku akan ikut sana :p

Btw, sampai tol Ayer Keroh dalam jam 10.00 malam. Dah nak masuk area Kandang aku bawak slow je (slow kott). Sampai kat traffic light tu aku tengok lampu tengah hijau lagi. Aku pun apa lagi, try memecut kereta selaju mungkin (jangan tiru aksi ini). Betul² kereta aku mencecah simpang tu, lampu jadi merah. Dah alang², baik aku terus aje. Lagipun dah malam. Sapa yang peduli. Lepas tu aku pun slow. Dalam 3-4 minit lepas tu aku perasan ada lampu kelip² kaler biru nun hujung jauh belakang aku. Dalam hati aku mesti polis tu nampak aku langgar lampu tadi. Ahhh…biarla. Diorang ada sebab lain kot. Tetiba kete polis tu betul² sebelah aku. Bagi isyarat suruh berenti. Ok, fine aku berenti tepi jalan. Macam biasa la, mintak lesen sama ic. Lepas tu bagitau aku yang aku dah langgar lampu merah. Aku cakap aku tak perasan, lagipun masa aku bawak tu tengah laju, takkan aku nak berenti mengejut kott. Ada yang menyanyi tayar kete aku kat tengah² simpang tu. Aku hanya bertindak ‘reasonable’ berdasarkan keadaan. Lepas tu diorang cakap la dia Nampak aku bawak laju la apa la itu la ini la. tapi yang paling aku tak suke bila dia cakap dia kena saman aku jugak sebab dia kena buat report. Kuota saman dia bulan ni belum ada lagi. Kirenya bila saman aku cukupla kuota dia untuk bulan ni. Kamon la bro, tu namanya dan mencari kesalahan orang semata-mata untuk memenuhkan buku repot ko tu! Aku tengok yang beria-ria nak saman aku tu mamat polis yang muda tu. Yang sorang lagi agak senior, gelak² je macam malas nak amik port.

Yela, berdasarkan pengamatan aku dan kajian aku (sempat tu buat kajian), masa aku dah langgar lampu merah tu, kete polis masih jauh lagi. Maybe baru lepas traffic light simpang ke Bukit Katil sana. Jarak adala dalam 300 meter. Lepas aku dah lepas traffic light Kandang tu, jarak aku dengan traffic light tu dah 300-400 meter. Aku bajet polis tu dah berenti kat traffic light tu. Maybe atas desakan budak muda tu, yang senior pun angguk jela. Lagipun kuota belum cukup, diorang nyalakan lampu, langgar lampu merah juga dan terus kejar aku sebab takut aku dah melepasi traffic light kedua lepas Kandang sana. Kalu dah terlepas sure lagi susah diorang nak cari kesalahan aku. Sebab waktu aku berenti tu, jarak aku dengan traffic light kedua lepas Kandang tu adala dalam 200 meter je. Nampak sangat ‘mala fide’ kat situ.

Semata-mata mahu menyaman aku sanggup mengejar aku balik. Kalu la aku ada niat tak baik time tu mau aku belok je ke simpang tu lari. Tapi oleh kerna aku yakin aku betul, maka aku pun menyain jela surat saman tu. Adusss…. Dah terbayang RM yang bakal melayang lagi.

Moral of the story

Aku ingat nak sogok je mamat polis tu. Tapi aku pikir balik, tak payahla. Membazir duit aku jerk. Baik aku setel je saman tu daripada buat benda tak senonoh tu.

p/s: speed racer :p

26 May 2008

"Abang ada nampak nenek tua kat belakang tadi?"

Giler! Terkejut aku bila kena tanya soalan macam tu!

Ceritanya bermula...
Jam: 12.30 tengah malam
Lokasi: Plaza Tol Sunway

Waktu tu aku tengah drive dari umah sewa aku menghala ke Shah Alam. Macam biasala, ikut KESAS senang skit. dekat pun dekat. Jalan pun tak berapa jem. Malam tu cuaca ok je. nak kata hujan tak ujan, mendung tak mendung. Kire cuaca sedang-sedang jela. Malam tu gak jalan memang agak lenggang. Maklumla dah kul 12.30 tengah malam beb! sapa la nak kuar saja² macam tu.

Dari jauh aku dah nampak Plaza Tol Sunway. Aku cari-cari kad Touch & Go aku, tapi takda pulak. Aku slowkan kereta skit sambil tangan mencari-cari duit kertas sama syiling dalam kereta. Dari jauh aku tengok semua lorong tunai agak lenggang. So aku decide masuk lorong paling kiri sekali. Depan aku tu ada satu kereta iswara aeroback. Aku pun slow la sambil mencari duit syiling lagi. Bila dah jumpe aku tengok kereta tadik masih tak bergerak. Nampak gaya macam tengah cari jalan jerrkk. Tengok flat, flat KL. Takkan tak tau jalan kott. Lebih kurang 3 minit lepas tu kereta tu blah. Dalam hati aku cakap lambat sempat gak mamat tu berborak dengan awek tol tu. Sedara agaknya.

Sampai turn aku...aku turunkan tingkap. Aku tengok akak tu terjengok-jengok keadaan kat belakang kereta aku. Muka macam takut-takut jerkk. Lepas tu dia tengok aku. Aku buat muka tak bersalah jela. Tiba-tiba dia tanya aku;

"Abang ada nampak perempuan tua kat belakang tadi?" Erkkkk!! perempuan tua?

"Eh, takda la pulak. Kenapa?" aku buat muka terkejut.

"Tadi abang kereta tadi dia kata dia nampak ada perempuan tua tengah berjalan kat tepi jalan sana"

Erkkkk!! serius?

"Ehhh..jangan memain. Saya tak nampak pun ada perempuan tua berjalan!"
"Betul ke bang, tak nampak?"

"Betul. takda apa-apa pun kat belakang tadi" bulu roma tengkuk aku dah mula berdiri...

Diapun bulur kan duit baki kat aku. sambil matanya masih memandang ke belakang...aku terus jalan. Sambil tu aku tengok gak side mirror kereta aku, mana tau ada perempuan tua yang tengah berjalan tu. Aku slowkan kereta. Sambil curi-curi pandang seat belakang! Bukan apa beb, hanya nak memastikan tiada 'penumpang' lain dalam kereta aku. Lepas tu, buke Hitz Fm kuat-kuat sambil buat tak tau. Tapi dalam hati masih terpikir-pikir. "Ahh..aku tak kaco ko, ko jangan nak kaco aku!"

Sesekali aku tengok lagi side mirror sama seat belakang....nasib baik aku tak nampak! kereta iswara tadik dah hilang ntah ke mana!


Click here to get The Blog Profits Blueprint

15 May 2008

Ini ada satu cerita ... (Part II)

Tol Oh Tol!

Ada satu malam tu aku jalan-jalan ikut Highway NPE dari Puchong nak ke Jalan Tun Razak. Sebelum sampai highway tu aku perasan ada satu kereta yang dipandu laju muncul dari belakang aku. Oleh kerana hari pun dah malam dan aku pun malas nak cari pasal, aku pun slow la skit sambil bagi laluan kepada kereta tu tadi memotong aku....

Owh...rupa-rupanya kereta tentera. Macamana aku tau? korang tau tak Tentera ni guna flat apa? Kalu mengikut pengetahuan yang aku ada setakat ini, kenderaan tentera menggunakan flat-flat yang bermula dengan huruf 'Z'.

Kalau Tentera Darat, dia guna 'ZD', kalau Udara 'ZU' dan kalau Laut 'ZL'. Kalau tentera kerajaan langit? korang carila sendiri!

Mengikut informasi dari pakcik aku gak, kereta yang dibawa oleh mereka ni adalah mengikut pangkat mereka. Kalau korang nampak diorang bawak iswara tu paham-paham jela apa pangkat mereka berbanding dengan mereka yang membawa perdana!

Ok, back to the main road. Al kisah mamat yang bawak iswara ni bawak laju giler walaupun jalan tu memang lenggang! Aku bagi dia peluang potong...dan aku cuba mengikut rapat hehehe (mala fide gak aku ni). Sampai kat tol NPE tu (aku lupa plak exit mana) dia pun memperlahankan kereta dia. Aku pun sama, slow kan gak kereta aku sambil menyediakan duit syiling yang mencukupi untuk bayar tol.

Apa yang berlaku?

Aku nampak mamat ni berentikan kereta dia, buke tingkap, angkat tangan, lepas tu penjaga tol tu angkat palang tol, dia pun terus pecut laju! Mak aihh!

Aku tertanya-tanya dalam hati...tak bayar tol ke? sampai je turn aku, aku pun buke tingkap, hulur duit lepas tu aku tanya... "Kak, dia tadik tak bayar tol ke?" Akak tol gate girl tu ..."(Senyum jerkkkk)" Lorrr!!

Aku tertanya-tanya la...adakah mereka yang pakai uniform ni boleh kuar masuk tol secara free macam tu? Seingat aku la...masa zaman Tun dulu pun dia tetap berenti nak bayar tol sampai budak yang jaga tol tu tak nak ambil sebab segan kott. Yela, PM kita beb! gila ke korang nak hulur tangan mintak dia bayar tol! tapi Tun tetap bayar gak!

Nak kata malam tu dia ada emergency, tak la jugak. takda pun motor escort dia atau dia pasang lampu 'lip lap' ke apa ke. Hai...pelik bin ajaib!

Lepas keluar tol terus lesap! betapa lajunya dia bawak kereta iswara dia tuh!

Kita renungkan .....

Sampai ketemu lagi!



LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin