Showing posts with label Putra. Show all posts
Showing posts with label Putra. Show all posts

05 August 2008

Bila teman berbicara ...

Ketemu lagi!

Teman dari akaurium lain singgah sebentar tadi. Berbicara soal moral dan sikap.


Pernah naik PUTRA LRT? Ataupun STAR LRT? Atau public transport yang lain? Perasan tak bila kita masuk dalam tren tu akan ada satu seat reserved yang tulis ‘Sila bagi tempat pada mereka yang memerlukan’ atau ada signboard gambar orang tua, ibu mengandung, etc. Perasan tak? Atau kita sengaja buat tak perasan?


Al-kisah…


Teman menaiki putra tempoh hari. Punyala ramai orang dalam putra tu (memang ramai pun) sampai nak berdiri pun kena berhimpit-himpit. Oh ya, teman ni pregnant lady. Adalah dalam 6-7 bulan. Kira memboyot gak la. Bila teman ni dah masuk dalam tren ni, dia pun cuba² la mencari seat kosong. Al-maklumla…perut memboyot sama membawa barang² lagi. Tak kesian ke kita? Cari punya cari tak berjumpa. Last² terpaksala berdiri. Teman ni menjeling juga orang yang duduk kat kusi tu…mana tau jelling punya jeling dia perasan yang teman ni pregnant. At least dapat juga seat. Jeling punya jelling, rupa-rupanya tak laku! Dan terpaksala berdiri teman ni sampai ke destinasinya!


Moral of the story


Menurut teman tadi, dia punya la geram dengan sikap orang kita ni. Langsung takda belas kasihan. Apa punya sikap pun tak tau la. Sebenarnya keadaan macam ni ‘common’ dan selalu terjadi. Tak percaya boleh cuba.


Aku dulu pun pegi kerja naik putra gak. Kadang² rasa geram juga bila kita tengok macam tu. At least bagi la tempat duduk tu. Bukan rugi apapun. Korang hanya perlu bangun, pelawa orang yang memerlukan tu dan senyum. Simple kan? tapi benda simple ni la yang ramai orang tak sanggup nak buat. Alasan dia, sukati ko la! kamon man, cuba bayangkan korang dalam situasi macam tu. Korang dah tua jalan terbongkok-bongkok, naik tren, lepas tu takda sorang pun pedulikan korang. Kalu dekat takpela. Cuba bayangakn dari KL Central sampai Terminal Putra sana berdiri. Tak bengkok lutut? Kita orang muda ni kenala mengalah skit. Aku rasa tak luak pun kita buat macam tu.


Ada juga yang buat pura² tak nampak. Buat² tido ayam dan sebagainya. Tapi hakikatnya itu lah rakyat Malaysia!


Tapi kisah pelik pun ada…terutama jejaka macho (atau perasan macho) bila naik tren. Bila orang tua masuk k obuat bodoh, bila ada awek masuk bukan main lagi offer seat…kunun gentle katanya. Cehhh!! Kamonla, sapa ;agi memerlukan seat tu? Orang tua atau awek yang ko rasa cun tu?


Sikap oh sikap!


Kita hidup ni jangan bodoh sombong sangat. Tak elok. Sekadar mengingat diri sendiri juga. Oh ya, buat teman tadi, dun wori, aku dah tulung ko luahkan apa yang ko rasa terbuku dalam hati tu free of charge :)


p/s: penah naik star yang takda ekon? Perghhh!!


22 May 2008

Putra LRT: Station Masjid Jamek

Ketemu lagi kita!

Salam Ceria! Warga kerja, apa khabar? Adik-adik student, apa khabar? Uncle jual buah, ni hao ma? Uncle surat khabar, அப க்சபர்? hehehe. Macam ni baru nampak berbilang bangsa kan?

Tau tak kat mana lokasi ni:

Yes! Station Putra LRT Masjid Jamek. Belakang tu plak jalan yang famous, Jalan Masjid India. Kalau tak silap aku la dah hampir 7 bulan projek menaiktaraf/mencantikkan/dan sebagainya la ini dijalankan. Aku yang lalu hari² pegi kerja dengan balik kerja ni pun tak nampak sangat apa sebenarnya yang telah dibuat oleh kontraktor² berkenaan.

Persoalannya, kenapa memerlukan masa yang begitu lama untuk menyiapkan projek tersebut? Adakah projek ni telah di 'Ali Baba' kan oleh kontraktor tersebut atau sumber kewangan mereka yang tidak cukup? atau pun mereka telah terjumpa tapak sejarah bawah tanah semasa kerja menggali dijalankan atau terdapat emas yang berketul² dalam tu sampai mengambil masa untuk disiapkan?

Sekali lagi, bila sesuatu projek yang berkaitan dengan kemudahan umum di lewatkan atau ditangguhkan perlaksanaannya, selagi itu lah ianya akan menyusahkan rakyat!

Kita tunggu jela bila pintu stesen Putra Masjid Jamek sebelah ni akan dibuke semula.

p/s: naik motor dah sekarang







LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin