Showing posts with label motor. Show all posts
Showing posts with label motor. Show all posts

23 May 2008

Motor Oh Motor!

Salam Ceria!

Bertemu lagi lah kita dalam episod kali ni. Ok, semalam sewaktu aku balik kerja dengan membe aku ternampaklah seorang lelaki ni dengan anak-anaknya di atas satu motor. Memang bagus, semua menjaga keselamatan jalanraya dengan memakai helmet. Tapi ada satu yang agak merbahaya dan macam aksi stunt pun ada. Bila dia berenti kat trafic light, aku dengan segera mengambil gambar ala-ala paparazi nih. Guna henpon nokia aku jerkk. Tengah kat atas motor tu beb! OK, kita tengok gambar bawah ni...macam main cari benda yang tersembunyi plak kan? hehehe. Sekarang, cuba kira ada berapa orang atas satu motor! 5 saat sahaja! 1....2....3....4....5! cukup!

Agak-agak ada berapa orang? 3 orang? hehehe....salah beb! semua sekali ada 4 orang! sila lihat semula dan kire! Jom kita kire bersama......


Nampak kan? Yang nombor 1 tu akak dia, Nombor 2 tu adik dia, Nombor 3 tu adik kepada adik Nombor 2 dan yang ke-4 adalah bapak dia (ni aku buat presumption berdasarkan keadaan motosikal tuh) Budak-budak tu kelihatan gumbira jer. Bapak dia pun sambil isap rokok sambil menunggang motor tu. Memang selumber! Tersenyum gak aku masa tengok gelagat diorang nih.

Apapun, keselamatan jalan raya haruslah diutamakan bang. Bagus anak-anak dipakaikan helmet, tapi janganla sampai overloaded macam tu. Kesian tengok anak-anak berhimpit-himpit macam tu!

Kepada semua juga, Pandu Cermat, Jiwa Kacau Eh, jiwa kacau pulak! Jiwa Selamat la!
Ingatlah Orang yang tersayang! :)

p/s: masa kecik² je naik basikal sampai 4 orang



LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin