Apa kabar warga kerja?
Sihat? Pening sebab jalan jem? Jalan jem tu perkara biasa di Kl ni. Terutama waktu nak pegi kerja. Kalau korang keluar awal, insyaAllah takda masalah. kalau dah keluar lebih dari pukul 7.00 pagi tu memang korang cari masalah! terutamanya yang naik kereta. Jalan sure jem!
Tapi kita tak hairan bin ajaib kalu jalan jem sebab orang berasak-asak pegi keje tapi kita akan naik hairan bin ajaib dan naik minyak bila jalan jem disebabkan 'road-block' yang tak pasal-pasal ada kat jalan-jalan yang memang orang tau sesak keadaanya!
Kenapa hairan bin ajaib?
Sebab nak pegi keje ada polis jaga jalan, nak balik keje pun sama. Baik hati betul polis² kita ni. Sanggup memerhatikan kita samaada kita selamat pergi kerja atau tak. Ni bukan kisah polis trafik yang jaga jalan tu. Polis trafik yang pagi² sama petang jaga lalulintas tu memang dah common kita nampak dan tak kisah sebab dia sorang jer kat tengah² jalan. Ni yang datang dalam 2-3 land-rover sama ada lampu kelip² tu. Jalan ada 4 lorong tetiba jadi satu lorong! Abis dia blok lagi 3 lorong. Supaya diorang boleh tengok korang lalu depan diorang sama tengok muka korang. Mana tau muke korang macam antu ke wanted ke apa ke sedara ke, buleh la diorang mintak autograf atau 'berborak' kat tepi jalan.
Kadang² kita nak marah pun tak guna. Dah sebab itu tugas diorang. Kalu tak kang, takda keje plak kat ofis. Dah rakyat marah² cakap polis takda keje. Bila buat keje road-bloaking macam tu plak kena marah² gak sebab menyusahkan orang ramai! Aduh, camana tu tuan²?
Terkini pagi tadi la, sewaktu aku nak pi keja naik motor. Tetiba terasa jalan jem lain macam. Dalam hati dah agak dah dan ramalanku benar belaka. Ada satu road-blok kat jalan ampang sebelum Ampang Point tu. Kali ni ok skit, sebab 2 lorong dibuka dari 4 lorong. Jem tak jem la. Tapi still sangkut gak.
Balik keje kang sure keadaan lebih kurang je. Apapun aku bersimpati buat warga kerja yang lalu jalan hang tuah. Sure korang lagi 'terseksa' sebab lagi banyak polis tak pasal² melepak kat tepi jalan kat situ. Yang kita nampak yang pakai uniform. Yang pakai preman sure kita tak nampak. Apapun hati-hati sewaktu memandu warga keje. Kunci pintu kete korang tu betul². Mana tau tetiba ada orang nak tumpang free ke apa ke. Hishhh! Mintak di jauhkan!
Ok warga kerja, dah pukul 9.20 pagi. Jom sambung buat keje. Yang takda keje lagi, buat² la keje sendiri hehehe
p/s: pandang kiri, pandang kanan
Showing posts with label Demonstrasi. Show all posts
Showing posts with label Demonstrasi. Show all posts
17 July 2008
14 July 2008
Apa Cerita Bang?
Monday Blues
Pagi tadi bangun agak lambat. Tak la lambat sangat...Tapi kalau pukul 810 pagi baru nak gerak ke ofis memang soheh sampai lambat!
Di tambah pulak dengan roadblock dekat depan Ampang Point tadi gara-gara khabar angin dikatakan akan ada demonstrasi kat bangunan parlimen pagi tadi juga. Sesapa yang tak tahu, hari ni Pembangkang akan buat satu usul tak percaya terhadap PM. Ramai orang menunggu hari ini. Samaada usul ini berjaya atau sebaliknya. Tapi merujuk pada paper harian metro online tengah hari tadi, usul ini telah di tolak oleh Speker Dewan Rakyat. Pihak-pihak Pembangkang dikatakan telah bertindak keluar dewan apa bila usul ini tidak diterima. Aku pun tak tau apa nak jadi dengan politik negara kita hari ini. Kalau mengikut sesetengah blog, politik negara sekarang kacau bilau, haru-biru dan bercelaru!
Adoii!!! tak paham betul aku sebagai rakyat biasa ni. Walaupun rakyat biasa, aku tetap pergi mengundi! Pada aku mengundi ni WAJIB. Masa depan dan halatuju negara ada pada tangan kita. Sebagai rakyat biasa yang tidak punya apa-apa, kita hanya ada kuasa mengundi ni sahaja. So, gunakanlah sebaik mungkin. Jangan main 'tonyoh' jerk kertas undi tu kak, abang, kang sudah jadi undi rosak!
Warga kerja,
Apa cerita kita? Yang keje gomen tak tau la aku. Yang keje separuh gomen @ swasta macamana? Gaji ada naik? Takda? Abis apa yang naik? Minyak? Jangan naik minyak udahla bang oiii!!
Monday Blues
Baru je lepas ujan kat KL ni. Nasib baik dah berenti. Tapi impaknya sudah boleh dijangka. Apa impaknya tu? Impak Maksima ke? Bukannlahhh. Impak jalan jem! Asal ujan je jem, asal jem je ujan! Hah, macam tu la KL. Sinonim dengan jem nye. Hiway pun jem! Aduss! Aku rasa kalu kita guna kete terbang macam cite star wars pun sama je jem nye!
Duduk ofis, Big Boss takda. Bos kecik ada, tapi buat keje sendiri. Samala dengan aku pun, buat keje sendiri hehehe
Jam dah kul 4.30pm. Lagi sejam mau pulang. Tapi aku masih bermalas-malas. Hahaha...jangan ditiru aksi ini :p
Warga keje!
Ayuh sambung buat keje sendiri! Hahaha
"Berkhidmat Untuk Negara"
Yang benar,
azawan shah
p/s: Blur² mengadap monitor

Labels:
Demonstrasi,
Kerajaan,
KL,
Monday,
Parlimen,
Pembangkang,
Swasta
Subscribe to:
Posts (Atom)