23 February 2010

Bila Kena Skodeng

Berani Jatuh


Salam sepi heheh. Yelah, dah lama duk menyepi kan? Tapi sepi bukan sebarnag sepi, sepi pergi mencari hepi. Kajang pak malau kajang berlipat, jom kita pekena sate kajang hahaha. Okeh cukup. 

Pernah jatuh tak? Tak kisah la jatuh cinta ke, jatuh dari pokok ke, jatuh dari kerusi ke jatuh apa ke itu ke, yang penting semua orang pernah jatuh kan? Jatuhkan diri sendiri pernah? Pernah jugak ke? Owh, sebab biasanya orang yang duk berusaha menjatuhkan seseorang yang lain. Jarang orang itu jatuh sendiri melainkan kelalaian diri sendiri juga. 

Kawan yang pernah jatuh tentu tau kan bagaimana rasanya. Seorang yang jatuh dari bisnes yang maju sure terasa nak terjun jambatan bila dipikirkan kredit keliling pinggang. Seorang pemimpin yang tetiba jatuh dengan skandal yang memalukan sure terasa nak terjun jambatan juga. Orang yang bercinta bagai nak rak tetiba jatuh sure nak terjun jambatan jugak. Last², semua jumpe kat jambatan yang sama. 

Jatuh tak semestinya GAGAL. Gagal tak semestinya tak berjaya. Tak berjaya tak semestinya tak boleh hidup. Tak boleh hidup tak semestinya tak nak campur orang dah. Jatuh bermakna kita kena BANGUN semula. Dari jatuh terduduk, kita bangun pelan-pelan. Amik kerusi, duduk balik. Dari jatuh terlentang, kita tengok balik ada luka-luka tak, ada sakit-sakit tak. Kita tepuk-tepuk seluar kita yang kotor tu balik lepas tu kita bangun. 

Takkan la sampai ke sudah kita nak terduduk je. Takkan kita nak terlentang je. Nanti kena langgar steamrool trus baru tau. Terus tak boleh bangun, terus tak boleh duduk. Biasanya bila kita jatuh pasti akan ada SESEORANG yang akan menghulurkan TANGAN untuk kita sambut. Takpun kita akan berusaha BERPAUT kepada sesuatu yang lebih kukuh.

Nah, itu normal, jatuh kena bangun. Jadiknya kenapa bila kita jatuh kita terus-terus menjatuhkan diri kita? Kamonlah, rulesnya JATUH terus BANGUN!

Ayoh sume! Kita bangun! Jom pi kedai mamak dulu! Opsss...kita minum dulu yer hehehe


Photobucket 

13 February 2010

Bila Orang Bercakap

Selamat Hari-Hari

Sedikit tak paham bila masih ada orang melayu muslim islam kita mempersoalkan tentang sambutan Hari Valentine. Aneh dan pelik. Takkan kita masih tak paham, umat Islam tidak boleh menyambut Hari Valentine kerana itu bukan cara kita. Nak ucapkan selamat kepada kekasih, nah, ucapkan sahaja hari-hari. InsyaALLAH semakin bertambah erat perhubungan. Lainlah kalu malam, mestilah kita ucapkan selamat malam pabila malam hari sahaja, bukan pada siang hari. Tetapi kekasih ialah seseorang yang kita jumpe hari-hari. So, ucapkan sajalah hari-hari. Tak salah pun. Lagipun lagi bagus sebab hari-hari kita ingt kekasih kita kan.


Photobucket

12 February 2010

Apa Barang Beb?

Terjual, Menjual dan Dijual


Amacam, panas lagi memanaskan tak tajuk tu? Hehehe, sengaja dicipta, tapi bukan pasal kisah panas atau sewaktu dengannya. Cuma ingin berkongsi dengan teman-teman semua tentang etika bisnes. Yes, maybe saya bukan paling layak untuk berbicara tentang ni, tapi tak salah kan kalu kita sharing is caring :)

Saya rasa sejak dua menjak ni banyak bebenor program perniagaan yang ada dalam facebook nih. Saya rasa korang pun tau, saya pun tak nak sebut nama. Tapi satu saya ingin ingatkan pada kawan-kawan semua, yang orang kampung saya selalu cakap, 'easy money, easy go' Apa maksudnya? Orang kampung saya yang belah darat pulak cakap maksudnya cenggini, dapat duit dengan segera, pasti akan hilang dengan segera. Paham ke? Kalau tak paham buat-buat paham jela okeh. Yeah, that right, good macam tu la orang kampung saya cakap heheh.

Nak kaya kenalah berusaha kan? NO SHORTCUT orang kampung saya kata lagi. Macam program swishcash dahulu. So, kalu anda melakukan perniagaan atau pelaburan, pastikan anda mematuhi etika pernigaan anda. Jangan duk kejar kepala orang jerk (head hunter) sampai mengabaikan produk. Kenalkanlah produk anda dahulu dan pastikan anda betul-betul paham apa yang anda jualkan! Konsep mereplika atau mengikut membuta tuli samalah ibarat lembu dicucuk hidungnya.

Owh, saya tak kata anda yang membaca blog ini, saya berkata pada orang di planet zargus sana hehe.

Gong Xi Fa Chai!


Photobucket

10 February 2010

Tanya Sama Hati

Blurrr...blurrrred...blurrresssttt

Penah tak tetiba korang rasa tak bermaya? Hidup macam ntah apa-apa ntah, rasa macam hidup takda erti dan sebagainya? Rilekss, itu bukan tanda korang ada penyakit jantung atau penyakit tubuh badan yang kronik, cuma korang mungkin ada penyakit kurang motivasi yang kronik! Atau dalam kata lain, dah takda motivasi dalam siri.

So, camana ni doktor? Saya kena buat apa? Saya kena makan tak hengat dunia ke? Saya kena menjerit-jerit macam orang gila ke? Ke saya kena berlari sampai tak cukup tanah?

Owh...nehi². Jangan buat begitu beb. Apa yang korang perlukan ialah duduk sejenak, tarik nafas panjang dan lepaskan sekali gus! Kemudian, cubalah bangkit semula dan buat perkara-perkara berikut;
  1. Perbaiki Imej anda
  2. Lakukan senaman ringan
  3. Senyum
  4. Berfikiran positif
  5. Dapatkan tido yang mencukupi
  6. Luahkan pada seseorang
  7. Curahkan atas kertas
  8. Bersedia untuk berubah
  9. Cari kegemaran baru
  10. Bertegaslah!
Dan jangan lupa, dalam apa keadaan sekali pun, hormatilah diri anda kerana dengan menghormati diri sendiri secar atak langsung kita akan mendapat nilai diri yang tinggi. Orang yang selalu memandang rendah dirinya akan sentiasa rendah lagi merendahkan. Camana orang nak pandang tinggi pada kita kalu kita sendiri tak pernah pandang tinggi pada diri kita kan? Nampak tiang tu? Haaa, pi langgar, sure tersedar dari tido yang lena hehehe [jangan dibuat pulakkk, ni perumpamaan jerkk]

p/s: bacaan lanjut boleh didapati dalam buku "Membina Jati Diri Gemilang" oleh Dr. HM Tuah Iskandar al-Haj

Photobucket

27 January 2010

Bila Orang Bercakap

Sama Dan Serupa

Situasi 1 - Lif

'ting'
"lif ni nak pegi mana?"
"ke atas"
"naik ke?"


Situasi 2 - Kereta

"Nak ikut mana ni?"
"Tegak je"
"Terus ke?"



Photobucket

23 January 2010

Salam Takziah

Yes, I'm Johorian


Rasanya masih tak terlambat untuk mengucapkan takziah buat seluruh rakyat negeri johor khususnya atas kehilangan seorang sultan tercinta semalam. Sultan yang bertakhta dan beraja di hati rakyat. Sultan yang tegas dan adil dan Sultan yang tiada galang gantinya.

Saya masih teringat sewaktu di sekolah rendah dahulu, sewaktu Almarhum baginda melalui jalan pekan semerah. Kami beratur di tepi jalan menunggu dengan penuh gembira. Yelah, masa tu kanak-kanak kan, sapa tak teruja. Walau cuaca panas, kami tetap beratur di tepi jalan. Akhirnya, dari jauh kami nampak rombongan Almarhum baginda. Baginda sempat berhenti sekejap di Pekan Semerah untuk bersalaman dengan rakyat jelata. Walaupun saya tak dapat 'can' untuk bersalaman, tapi kepuasan tetap ada dapat berjumpa Sultan sendiri.

Semoga roh baginda di tempatkan di kalangan orang-orang yang soleh...Al- Fatihah..

Allah peliharakan Sultan

'Nugerahkan dia
segala kehormatan
sihat dan ria
kekal dan makmur
luaskan kuasa
naungkan kami
rakyat dipimpini
berzaman lagi
dengan merdeka bersatu hati
Allah berkati Johor

Allah selamatkan Sultan.


Photobucket

22 January 2010

IKLAN

Our Hero?

Apa kata layan je trailer cite nih. Lepas tu korang komen :)

Tengok kat [SINI]




Photobucket

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin