27 March 2009

Salam Jumaat

Yes Man, No Man


Alasan dan alasan...berapa ramai antara kita suka memberi alasan lebih dari perbuatan? Samala dengan saya punn heheh. Kadang-kadang memberi alasan ada baiknya dan kadang-kadang memberi alasan akan membuat orang menyampah pada kita. Kalau untuk tujuan escapism, tak salah kan memberi alasan?

Tapi jangan la memberi alasan yang tidak masuk akal atau alasan yang sengaja dibuat-buat. Sebab kelak, alasan itu akan memerangkap diri kita sendiri. Dan jangan lah juga selalu sangat nak memberi alasan, kang nanti orang akan pandang rendah pada kita.

Kalau dah memang kerja tu kena disiapkan dalam tempoh masa tu, cubala siapkan lebih awal. Jangan suka membuat kerja last minit. Takut nanti tak siap. Bila tak siap mulalah kita memberi alasan. Perkara ni bukan sahaja dalam bekerja tapi dalam belajar juga. Aikk, belaja pun cari alasan? Adaaa...assigment tak siap, cakap kat lecturer, "Malam tadi rumah saya blackout tuan". Padahal rumah jiran sebelah terang menderang je, umah awak je yang blackout? Pelik ni. "Laptop saya masuk air la sir". A'ah, meh aku celup dalam longkang tu terus.

Ada sesetengah orang tidak suka bersosial bersama teman-teman dan selalu memberikan alasan. Salah ke bersosial sekali sekala. Kita bukan duduk dalam hutan bang. Dalam hutan pun kalau kita duduk sana kena bergaul dengan haiwan jugak. Kalau sorang-sorang, alamat mati keras la jawabnye kita. Bila teman-teman lama ajak berjumpa, sekali sekala cubalah berkata, "Yes!". Sebab kalau kita selalu memberi alasan, lama-lama nama kita akan dilupai oleh kawan-kawan kita. Bersosial disini adalah dalam konnteks yang sihat. Bukan berfoya-foya atau membuat sesuatu yang merugikan kita.

Ada sesetengah orang pulak belum apa-apa sudah memberikan alasan. Kita baru je cerita mukadimah, terus dia buat kesimpulan dengan memberikan alasan. Cubalah dengar sampai habis, kita kaji dan baru memberi jawapan. Ni membe baru je buke mulut terus dia kata, "Aku dah tau dah, susah nak buat tu. Lagipun ramai yang dah buat...bla..bla..bla.." Pokoknya, awak dah cuba ke? Kalau tak cuba tak payahla banyak 'songeh' orang kata. Dengar dulu betul-betul.

Samala kalau kita memberikan nasihat pada kawan. Kita baru nak cakap terus dia potong, "Alah, aku dah tau semua tu. Aku pernah buat...bla..bla..bla.." Eh, dah pernah hadapai masalah yang sama, tapi kenapa masih nak memberikan alasan? Patutnya kita carilah punca kepada segala masalah. Tiada masalah yang akan selesai kalau kita asyik mencari alasan.

So, kenapa masih tak buat kerja lagi ni? Dah-dah, jangan nak buat alasan, pegi buat kerja. Dah pukul 11 pagi ni.

Sampai ketemu lagi!

p/s: "Bos saya cuti la hari ni"

20 March 2009

Kussss Semangatt!

Masalahnye Problem!


Hidup kena terus. Tak kisahla apa yang melanda dan apa yang berlaku. Tak kira lah anda gagal dalam bisnes, kaciwa dalam cinta, tak pernah menang peraduan kat surat khabar dsb, hidup tetap kena terus.

Cuba kita pikir, sapa agaknya dalam dunia ni hidupnya takda masalah. Setiap orang ada masalah sendiri. Ketua jabatan dengan orang bawahnya, cikgu dengan ragam anak muridnya, hatta ulat pun ada masalah! Tak percaya, apa kata korang tanya ulat. Hehehe

Tahukah anda cara terbaik sewaktu menghadapi masalah ialah dengan mengadu kepada TUHAN. Kenapa? Sebab Tuhan maha berkuasa dan sentiasa mendengar keluhan dari hamba-hambanya. Tak salah nak mengadu kepada sesama manusia, tapi carilah seseorang yang anda percaya. Percaya pulak kena tengok lagi samaada dia jenis boleh diajak berbual atau sebaliknya. Silap-silap kita akan dengar kawan tikam kawan. Sapa lagi yang menikam, kalau bukan kawan kita yang paling baik dan yang selalu kita bercerita.

Bila bercerita masalah sesama kita, ianya hanya membina kelegaan dan nasihat seterusnya tetap akan disuruh mengadu pada Tuhan. Kerana kuasa pemutus tetap pada Tuhan. Kalau kita lihat, lagi banyak masalah yang menimpa kita, lagi dekat kita pada Tuhan. Sebab apa? Sebab baru kita tau Tuhan sentiasa mendengar keluhan dari hambanya. Ada jugak jenis yang memang tak mahu dekat dengan Tuhan. Tak kirala ada masalah ke, takda masalah ke, yang dia tahu dia boleh setel sendiri katanya. Tapi dia tak tahu, Tuhan yang tolong dia. Manusia macam ni kadang-kadang bila dah nyawa kat hujung tanduk pun masih ego dan tidak mahu mengaku kekuasaan Tuhan.

Sekadar memperingati diri sendiri dan berkongsi dengan teman-teman ^_^

Edisi Rajin Baca Buku

Lelaki Unggul Bukan Lelaki Tunggul


Masa jalan² kat giant tempoh hari singgah sebentar di kedai buku Popular dalam ni. Saya kalau dah masuk kedai buku ni, terus je ke ruangan buku² membina jati diri atau motivasi. Bukan nak kata yang saya ni bagus, tapi minat tu ada dan suka membaca buku² macam ni. Kalau dulu suka membaca novel, tapi la ni mahu bertukar angin pulak.

Terus berjalan ke ruangan tersebut dan sedang membelek² buku disana terjumpa satu buku yang agak menarik. "Membina Lelaki Unggul" oleh Dr. HM Tuah Iskandar. Saya tertarik bila membaca ringkasan dibelakangnya, "...buku yang wajib untuk lelaki untuk menjadi unggul dan bukan tunggul". Tanpa banyak soal terus pergi ke kaunter dan bayar. Bukan mahal pun, RM15 je. Kalau makan kat fast food boleh keluarkan duit sampai RM20, apa salahnya sesekali beli buku² macam ni kan?

Orang kata membaca jambatan ilmu. Kalau tak membaca kita tak tahu apa². Sekurang-kurangnya bacalah surat khabar atau menonton berita. Bukan apa, at least kalau kita dengar membe² duk borak² pasal isu semasa ke gossip artis ke apa ke, kita masih boleh menyampuk.

Memang betul, memang susah kita nak paksa diri untuk membaca. Tapi boleh cuba dengan bacaan yang ringan² dahulu. Masa di universiti dahulu, roomate (of cos la lelaki) suka membeli majalah mingguan wanita! Pelik juga tengok dia baca tu. Sampai penuh locker dia dengan majalah mingguan wanita. Saya tengok pun tak berminat. Kaler dah la merah, gambar pun tak menarik. Tapi satu hari tu curi² ambil dan baca sebab busan. Eh, menarik pulak artikel dalam ni. Lepas tu dah jadi pembaca tetap kat bilik dia hahaha.

Apa yang penting, kita kena paksakan diri juga untuk membaca. Tak kisahla korang nak baca novel ke apa ke, janji membaca!

p/s: tiap² bulan beli komik gak hehehe

16 March 2009

Edisi Exam

Kejayaan: Misi Yang Tidak Mustahil



Dia bukan ada kuasa luar biasa
Dia bukan popular cam artis
Dia pelajar biasa

Tapi lepas keluar result SPM, dia jadi luar biasa! Tentulah dia adik normadihah kita. Ramai tidak menyangka dia memperoleh 20A dalam SPM dah seterusnya menjadi Pelajar Terbaik SPM 2008 (walaupun tak disebut dalam media) kat Malaysia. Saya tidak terkejut. Saya tidak merasa tidak mustahil dia boleh dapat segitu. Kerana semuanya adalah berkat usaha.

Usaha yang setimpal ditambah dengan doa dan mendekatkan diri dengan Pencipta kita pasti akan mendapat balasan nya.

Belum pernah saya jumpa orang yang berjaya tidak berusaha. Hatta, orang yang jadi kaya akibat beli nombor ekor pun, dia tetap berusaha. Orang yang sentiasa berusaha untuk maju dan cemerlang merupakan orang yang berjaya. Sebab setiap usaha kita akan menentukan apa yang kita terima. Kalau kita jenis buat ala kadar, maka ala kadar jugalah kejayaan yang kita terima. Kalau kita berusaha luar biasa, akan luar biasalah juga kejayaan kita.

Pokoknya, dalam zaman serba maju ni, masih ada manusia yang tidak mahu berusaha. Yang lebih suka menjadi Mat Jenin, berangan-angan tanpa berusaha. Pada saya tidak salah untuk berangan, tapi lepas tu kenalah di terjemahkan dalam bentuk tindakan dan pelan. Bukan hanya menulis "Saya mahu jadi seorang dokor" tetapi suka duduk berpeleseran tanpa hala tuju. Takut akhirnya menjadi doktor di bawah jambatan!

Sampai ketemu lagi!

p/s: ulat dalam batu pun berusaha nak duduk dalam batu..


13 March 2009

Ewahh...Ewahhh...

Senyumla La Skitttt..Bukan Kena Bayar Pun Kann?


Tinggal di KL ni memang tak sah kalau kita tak jumpe tol. Tak kire la duduk ceruk mana pun. nak keluar jer, sure lalu tol dulu. Dulu saya ingat kat johor je ada tol-tol ni, i mean tol orang nak kawin heheh. Kat KL, takpayah tunggu nak kawin, nak jalan pun kena bayar tol. Kalau tak bayar tol tak boleh jalan. Kena ikut jalan alternatif. Apa lagi, ikut sungai la hehehe

Bukan nak cerita pasal tol, tapi nak cakap pasal tol gate girl & tol gate boy. Biasanya mana paling mesra antara dua tu? Apaa? tol gate girl lagi mesra? MM..tidak bagi saya. Opss. No offence ya. Sekadar pendapat dan harus salah.

BTW, kerja macam ni memang sentiasa orang pandang, yela dah nama pun bekerja dengan orang ramai. Setiap tingkah laku kita orang tengok. Awak perihatin ke, awak eksen ke, semua orang nilai. Tak perlu la peramah terlebih sampai berborak² dengan driver, tapi at least senyum la kan. Tak salah kann? Biasanye tol gate boy lebih peramah dan mudah tersenyum berbanding tol gate girl. Tak kira la sesama jantina ke atau lain jantina (yang ni sure senyum terlebih), tol gate boy saya kire lebih mesra. Sampai je, dengan senyuman yang tidak dibuat², mengucapkan salam kepada kita, hulurkan tiket dengan senyuman, dan dia masih tersenyum ketika kita menaikkan cermin tingkap kita dan masih tersenyum bila kita berlalu. Betul tak?

Kalau tol gate girl ni, dengan sesama jantina sure dia tak senyum, dengan lain jantina pun tengok orang gak. Kita hulur duit (nak-nak pulak duit besar, padahal tol RM1.60 jer), sure buat muka dah, lepas tu hulur duit tak pandang muka kita pun. Kita cakap terima kasih, dia angguk je. Kita naikkan cermin tingkap, dia sudah tengok kereta belakang kita. Bila kita berlalu, lagi la dia terus tutup tingkap kecik dia.

Senyum itu kan sedekah. Tak salah senyum walaupun cuba dibuat-buat. Tips mudah untuk membina motivasi dalaman ialah dengan tersenyum. Bukan sengih ye, tu dah lain. Senyumla bila berjumpa orang. Dengan secara tak langsung kita akan mudah mendapat kawan, tak percaya? Boleh cuba (^_^)

p/s: senyum seindah suria


12 March 2009

Tahniah!

Shabbas Inspektor Sabb!


Teringat 12 tahun yang lalu sewaktu saya pergi mengambil result SPM di sekolah. Gilak ah, malam sebelum tu langsung tak buleh tido! Asyik terpikir-pikir result yang akan diketahui. Saya datang agak lambat ke sekolah sebab tak mahu bersesak-sesak mengadap cikgu mengambil result. Tapi satu yang saya masih ingat sampai sekarang, ucapan tahniah yang tidak putus-putus dari kawan-kawan sewaktu saya naik tangga sampai la nak masuk ke dewan. Pelik ada, hairan pun ada. Yelah, sebab saya rasa saya bukanlah dalam golongan 'target student' untuk mendapat result yang power. Masuk je dewan, guru-guru memandang dengan senyuman. Saya lagi bertambah panik. Bila pegang slip result, rasa macam tak percaya. Terkesima seketika. Mimpi ke aku ni? Riuh rendah seketika dalam dewan. Rupanya saya berada dalam golongan yang mendapat 'top result' disekolah. Dan yang lebih membanggakan, dalam senarai yang pertama. Alhamdulillah. Segala usaha dan penat lelah berbayar setimpal!

Buat adik-adik yang baru mengambil result SPM dan STPM baru-baru ini, TAHNIAH dari saya. Apa yang korang dapat adalah dari hasil usaha dan penat lelah anda. Jangan menangis atau kecewa dengan kegagalan. GAGAL bukan bermakna gagal selamanya. GAGAL memberitahu kita akan kelemahan yang perlu kita perbaiki dan membuat penambahbaikan. Yang mendapat cemerlang, jangan masih berada di awang-awangan. Kita perlu cepat sedar diri. Enjin telah dihidupkan, tunggu masa untuk memecut ke jalan yang lagi jauh yang pastinya penuh liku, onak dan duri.

Tahniah sekali lagi! Teruskan usaha hingga ke puncak!

p/s: bestnye waktu sekolah ^^



06 March 2009

Reward Ialah Ganjaran

Hari ni bercerita pasal ganjaran pulak.


Dulu masa kita kanak-kanak, kita selalu cakap "Kalu mak nak suruh adik ambil baju tu, mak kena bagi 20sen". Mak jawab.."Yela-yelah..cepat amik baju tu". Kita pun berlari ambil baju di ampaian. Dah siap, "Mak, mana 20sen?" Mak tengok atas meja, ada duit 20sen dan bagi kat kita. Kita pun happy, berlari keluar pergi kedai nak beli jajan sambil mak tersenyum je tengok gelagat kita.

Macam tu la normalnya hidup manusia. Salah ke kalau kita suka meminta ganjaran atas setiap kerja kita? Pada saya, kita tengok keadaan dan suasana. Kalau kita di pejabat, takkan kita nak mintak ganjaran setiap kali kita buat report dan hantar kepada bos? Ada yang kena sekeh kepala kang. Ada ganjaran baru nak buat kerja, takda ganjaran langsung taknak buat kerja. Salah tu bang, kita kadang-kadang tak perasan, gaji yang kita dapat tu la ganjaran atas kerja-kerja kita tu! Abis, gaji tu kire apa? Upah ialah ganjaran, hasil usaha titik peluh dan dibayar dengan wang ialah ganjaran. So, hidup kita sebenarnya penuh dengan ganjaran.

Diri kita sendiri juga perlu untuk diberi ganjaran dan dimanja-manjakan. Bukan manja-manja macam kucing tu tau, duk menepek jerkk kat tuan dia. Tapi ganjaran dari segi membeli baju baru untuk kita, bercuti, makan angin dsb. Itulah ganjaran untuk diri kita. Tujuannya untuk memotivasikan diri untuk terus berusaha!

Di tempat kerja kita juga, Pengarah atau Bos-bos kita menyediakan bermacam-macam anugerah untuk pekerja yang dedikasi, cemerlang dan rajin. Kalu kita rajin dalam bekerja, penuh komitmen, tak mustahil kita akan diberi ganjaran.

Mendidik anak-anak juga boleh digunakan kaedah macam ni. Dulu sewaktu saya kanak-kanak hingga ke sekolah rendah, Ibu saya selalu membeli kan buku-buku cerita sebagai ganjaran jika saya berjaya dapat nombor 1 hingga 10 dalam kelas. Dan biasanya saya akan begitu teruja jika pada hujung minggu Ibu membawa saya ke kedai buku. Apa salahnye jika anak-anak kita di beri ganjaran sebegini. Terapkan dalam mindanya untuk membaca dan menambahkan ilmu.

Jadi kawan-kawan, kalau kita dah seharian kerja dengan penat dan lelah, apa kata pada hujung bulan kita raikan diri kita pulak. Tak payah nak raikan bukan-bukan, sekadar menonton wayang juga sudah cukup. Dengan itu kita akan rasa diri kita begitu dihargai. Barulah ada semangat lebih nak score anugerah pekerja cemerlang tahun ni kan?

Chiowww!

p/s: baca komik masa busan² hehe


LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin