16 October 2008

Bila Hujan Turun ...

Sapa suke pegi hypermarker?


Alah, tak payah ditanya pun sume orang suke pegi situ. Tak kirela Kafu ke, Tesco ke, Giant ke apa ke, pendek kata hypermarket adalah satu gedung membeli belah yang memudahkan kita. Cakap je apa, sume barang ada. Tapi awas! jeng...jeng...jeng! Kalu nak beli barang tu, pastikan harga yang dipamerkan adalah betul² untuk barang tersebut. Jangan nanti bila bayar, harga dia lain suda. Mau ternganga kita nanti.

Macam biasa, kejadian benar lagi membenarkan. Sebenarnya dah 2-3 kali kena. Tapi oleh kerana malas nak kecoh², aku pasrahkan juga. Tapi bila dah kena kali ke 5-6, kena gak la share dengan kengkawan. Orang kata menda baik elok di kongsi bersama :)

Pada satu haritu, aku pegila ke sebuah pasar besar gergasi kat area sini. Tujuan nye nak mencari barang dapur skit. Al-maklumla, duk bujang kena ada barang dapur. Takkan tak bagi berasap dapur aku tu kan hehe. Dalam list nak cari rice cooker satu. So, aku pun pusing²la sampai 8 kali kat area elektrik tu untuk cari menda tu. Pusing punya pusing aku berkenanla kat satu rice cooker ni. Tengok harga RM59.90. Eh, ok bebenor la ni. Bukan aku nak masak untuk kenduri pun. Beli yang murah² sudah. Aku pun amikla rice cooker tu. Nak pilih² dah takda sebab ada satu jerk. Lepas tu trus ke kaunter cek² barang ni. Dah cop guaranti sume, aku pun pegi kaunter nak bayar. Takpe melihat lagi aku hulur jerkk kedit kad satu. Lepas resit kuar, dah bila aku dah sign, baru aku perasan....harga dia bukan RM59.90 tapi RM159.90! Erkkkk!! Aku cakap kat mamat tu, nape harga lain? Dia tanya aku amik kat mana tadik. Aku pun heret dia bawak pegi rak aku amik rice cooker tu. Memang sah harga dia RM59.90 dan model yang sama. Aku cakap takkan buleh naik sampai 3 kali ganda kutt. Dia pun cakap xpe, dia nak cek sama supervisor. Dia amik tanda harga tu sama rice cooker tu pegi jumpe supervisor dia.

Lepas 10 minit dia datang balik.. Dia cakap sorila bang, tanda harga tu untuk model lain. Tapi aku cakap kan tu tulis untuk model yang aku amik tadik. Dia kata maybe salah print. Banyak cantik salah print! Meh aku print kan kat muke ko nak? (cakap dalam hati jela). Aku cakap aku nak amik yang lain la. Mahal sangat. Padahal cap ayam je pun. Lepas tu aku carimodel lain, dan dia cancel payment aku tadik. Nasib baik. Kalu kat bil kedit aku ada kuar yang diorang salah key-in tu siapla. Aku swipe kat muke dia plak.

Aku ingat kat situ jerkk aku kena, rupanya wakenalagibeb! Lepas dah beli rice cooker tu, aku pun beli la arang dapur lain...sudipla, kuali la,, apa la. Bila bayar, sudip yang tertulis harga RM9.90 sudah jadi harga lain. Kuali yang berharga RM17.00 sudah bertukar jadi RM23.00! Perghh!!! Oleh kerana line tu dah ramai orang, pasrahkan lagi pembelian itu. Takpela, aku gak yang guna benda tu.

Moral of the story, kalu nak beli barang kat hypermarket ni kena hati² juge. Sebab diorang takda letak tanda harga. Hanya kod bar semata-mata. Kalu korang ada skil sampai buleh baca kod bar tu ok la, kalu yang rabun math macam aku ni camana? Sanggup aku mengusung barang tu cari mesin pengimbas. Aku rasa aku pun nak beli satu mesin pengimbas kod bar yang portable la. Ada jual ke? hehehe

p/s: Customer is always right!

09 October 2008

Bila Bekas Kueh Raya Berbunyi ...

Salam Eidulfitri!

Ada yang dah buat posa 6? Yang dah abis buat tu, Tahniah! yang tengah merangkak mencukupkan posa 6 tu berusaha okeh! Yang belum buat tu, bila nak buat?(termasuk aku le tu muahahaha). Semoga syawal kali ini lebih baik dari syawal sebelumnya :)

Tiba-tiba harga minyak turun 15 sen. Tak sangka kan? Walaupun dicanangkan akan turun pada atau lebih kurang 24hb, tetiba Kerajaan turunkan lebih awal. What to say? Tima kasih la. Walaupun harga minyak dah turun, tapi harga barang tetap macam tu gak! Bila kita baca paper, masing-masing salahkan pihak² tertentu. Peniaga kata pemborong....pemborong kata orang tengah....orang tengah kata peniaga...last² pusing macam tu balik!

Aku kadang² hairan bin ajaib, bila harga minyak naik, harga barang naik. Bila harga minyak turun, harga barang tak pulak turun. Nak kata kos pengangkutan meningkat, kerajaan ada bagi subsidi diesel kat diorang ni. Apa lagi yang diorang nak agaknya? Kita tetap macam tu juge. Nak taknak kena gak pegi pasar beli ikan, sayur etc. Kalu nak nak makan apa lagi? Makan megi hari²?

Satu masa dulu, kerajaan ada menggalakkan kempen tanaman hidroponik (betui ke aku eje ni?) kat umah². Konsep dia senang jer. Kita beli satu bekas plastik, lepas tu kita tanam sayuran ke bunga ke dalam tu. Kita jaga macam biasa. Bezanya, tiada tanah digunakan. Cuma air semata-mata. Tapi aku rasa kempen ni pun tak berkembang sangat. Terbaru satu lagi kempen di anjurkan iaitu, Bumi Hijau. Iaitu menanam tanaman hijau di rumah sebagai landskap dan dalam masa yang sama buleh di amik hasilnya. Camana? Bayangkan la, biasa orang guna pokok bunga buat landskap, ni kita guna sayur kobis, sawi, lada jadi landskap. Tentu seronok kan. Jiran²datang umah selamber rock jerkk petik kobis kita tu. Habis ronggak landskap kita. Bila sume tanaman tadi dah diambil, kita tuka landskap baru plak. Memang menarik. Tapi jangan tanam pokok durian plak. Tak larat nak menjaga nya kang.

Dengan krisis ekonomi dunia kini (iaitu kejatuhan FallStreet @ WallStreet), sedikit sebanyak menggugat ekonomi kita juga. Kita masih mampu menarik nafas lega kerana negara kita masih mampu mang'absorb'kan krisis tu. Tapi dalam masa yang sama, kita juga kenala beringat. Berbelanjalah secara berhemah. Jangan berbelanja mengikut nafsu semata-mata.

Aisey, dah macam tulis rencana pulak kali ni. Tak kisah la tu. Sekadar mengingati sesama kita.

p/s: shoping kat mydin

07 October 2008

Sesekali Melatah ...

Salam syawal!
Cume nak berkongsi satu artikel di akhar utusan harini. Renung-renungkan, dan selamat beramal!

Tetapkan had laju minimum

Kenapa berlakunya kemalangan di jalan raya? Mari kita lihat satu persatu. Tidak dinafikan kecuaian manusia dan masalah teknikal kenderaan adalah penyebab utama. Tetapi di sebalik faktor mikro itu, terdapat banyak faktor makro yang lain yang turut menyumbang kepada terjadinya kecelakaan.

Pemandu seakan tidak mahu tahu bahawa mereka sebenarnya bertanggungjawab penuh ke atas keselamatan diri sendiri. Apatah lagi untuk memikirkan tentang keselamatan pengguna jalan raya yang lain. Tahap kesedaran tentang peri pentingnya mempunyai adab dan sopan yang betul ketika berada di jalan raya adalah amat kurang. Pematuhan kepada papan tanda dan arahan juga tidak begitu ketara.

Kita lihat senario berikut sebagai contoh faktor tidak beretika ketika memandu di lebuh raya. Dari pengamatan peribadi penulis ternyata di lebuh raya kita; terdapat begitu ramai sekali road hoggers dan road speedsters.

Memandu dengan memilih laluan tengah untuk bersantai adalah satu tabiat buruk. Apatah lagi ketika musim sibuk menyambut perayaan di mana kenderaan berduyun-duyun di kedua-dua arah menuju utara dan selatan. Jika dikira dari Slim River hingga ke Melaka, beratus buah kenderaan yang menjadi road hoggers.

Sedangkan di laluan kiri tiada kenderaan sama sekali. Pemandu yang memandu perlahan juga perlu beretika. Jangan bertapa di lorong memotong. Bak kata pepatah, kalau kail panjang sejengkal jangan lautan hendak diduga. Pandulah kenderaan enjin berkapasiti kecil kita di lorong sebelah kiri sekali. Elakkan bersantai memandu di lorong tengah apatah lagi di lorong laju.

Biarkanlah kereta berkapasiti tinggi menghuni lorong yang memerlukan prestasi. Tiada guna kita yang berenjin kapasiti kecil menghalang lalu lintas hanya kerana sikap kita yang mementingkan diri sendiri kononnya tak mahu ke tepi untuk mengelak berhimpitan dengan bas dan lori yang lazimnya menjadi penghuni lorong yang di kiri sekali.

Kerana keegoan ini tadi mungkin boleh memakan diri sendiri lantaran prestasi kenderaan kita yang tak cukup tinggi untuk kekal bersaing di lorong tengah atau pun kanan sekali. Akibatnya kemalangan terjadi apabila kenderaan kita disondol ke tepi.

Sudah sampai masanya bagi kerajaan menguatkuasakan saman dan denda kepada road hoggers. Adalah tidak adil jika kesalahan hanya dituding kepada road speedsters. Pendemokrasian denda di jalan raya harus ada supaya tiada pihak rasa teraniaya.

Konsep lebuh raya tiga lorong yang kita guna mungkin tidak akan mendatangkan faedah sama sekali jika pemandu Malaysia masih kekal dengan sikap pemanduan yang lama.

Lebuh raya yang semakin canggih dan maju perlu diselarikan dengan penambahbaikan etika dan adab di jalan raya di kalangan penggunanya. Secara analoginya, minda pemandu harus berada di kelas pertama jika mahu menggunakan kemudahan lebuh raya kelas pertama.

Jika dahulu semasa lebuh raya masih berlorong dua, pemandu santai memilih untuk berkubu di lorong kanan. Dan ini telah mengganggu atau menyekat kelancaran lalu lintas.

Sekarang dengan pengenalan berperingkat lorong ketiga, pemandu longlai masih juga mahu bermaharajalela. Lorong tengah dan lorong kanan tetap dijadikan laluan untuk bergedik santai.

Mereka dengan aman damainya memandu santai dengan kelajuan sekitar 80 km sejam di lorong berkenaan meskipun di lorong perlahan paling kiri langsung kosong tidak berpenghuni. Kelancaran lalu lintas tidak akan tercapai jika pemandu kita masih terus-terusan dengan cara pemanduan berhemah rendah begini.

Malah pelaburan ribuan juta ringgit kerajaan juga tidak akan membawa makna kerana kelancaran aliran kenderaan masih kekal sama seperti ketika berlorong dua.

Mungkin untuk mengatasi masalah ini, pihak berkuasa boleh mengambil kira untuk memperkenalkan tiga tahap kelajuan di lebuh raya. Dari Slim River ke Ayer Keroh, Melaka yang sudah mempunyai tiga lorong di cadangkan lorong kiri sekali untuk kenderaan berkelajuan 80 km , tengah 100 km dan laluan kanan berkelajuan 110 km sejam ke atas.

Untuk melengkapkan saranan, papan tanda kelajuan tersebut harus ada dan digazetkan supaya dipatuhi. Pemandu wajib berada di laluan lorong yang betul mengikut kelajuan masing masing. Ini pastinya akan membantu kelancaran lalu lintas terutama ketika musim perayaan.

Satu saranan lain yang mungkin boleh diambil kira adalah dengan memperkenalkan kelajuan minimum 80 km di lebuh raya. Lebuh raya sepatutnya bukan setakat mempunyai tahap kelajuan maksimum sahaja. Kelajuan minimum juga perlu ada untuk menjamin kesejahteraan pemandu.

Memandu santai

Ketahuilah, jika kelajuan boleh membunuh, jangan pula kita lupa bahawa road hogging dan memandu santai di bawah 80 km di lebuh raya juga boleh menjadi penyebab pengguna lain terbunuh. Pemandu joli katak di lebuh raya juga membantu menjadi penyebab kepada kemalangan.

Sehubungan dengan saranan itu, di masa perayaan kenderaan yang berusia 15 tahun ke atas mungkin perlu diharamkan daripada menggunakan lebuh raya kita. Ini adalah perlu bagi menjamin tahap kelajuan minimum dapat di patuhi.

Dari segi kebaikan terutama ketika musim perayaan, kelajuan minimum ini dapat membantu menyahkan aliran trafik dari sistem lebuh raya secepat mungkin dan sekali gus mengurangkan risiko kemalangan.

Manakala di jalan Persekutuan dan di jalan perbandaran, sikap bertimbang rasa perlu ada . Nyawa manusia jangan disamakan dengan nyawa haiwan ternakan yang berkeliaran di tepi jalan raya.

Jika melihat pemandu dari arah hadapan sedang memotong, kita yang datang dari arah bertentangan sepatutnya mengurangkan sedikit kelajuan kenderaan kita. Berikan peluang untuk kenderaan berkenaan memintas dan masuk kembali ke laluan asalnya.

Jangan kita berkeras kepala dengan mengekalkan kelajuan yang ada kerana silap peraturan, akan menyebabkan kemalangan yang meragut nyawa kita.

Satu lagi etika yang tidak baik dipandang mata adalah sikap mahu memecut dahulu ketika sampai di bulatan tanpa mempraktikkan ilmu yang diajar di sekolah memandu iaitu yang kanan harus didahulukan. Ini juga merupakan satu lagi punca lazim terjadinya kemalangan.

Untuk etika yang lain pula, sekiranya lampu isyarat tidak berfungsi, kita diajar untuk memahami bahawa kenderaan yang sampai dahulu di persimpangan tersebut diberikan laluan terlebih dahulu.

Tetapi berapa ramaikah antara kita yang benar benar mengikuti etika pemanduan berhemah sedemikian. Jika masing-masing bertoleransi begini, maka kemalangan pasti tidak akan terjadi.

Untuk mengatasi masalah pemanduan kurang beretika dan kurang berhemah ini, adalah dicadangkan pemandu yang memohon lesen baru diberi kursus etika di jalan raya. Subjek etika perlu dimasukkan sebagai salah satu dari isi silibus kursus berkenaan.

Manakala bagi pemandu yang lama pula, ketika membaharui lesen dan insurans perlu diberi risalah panduan pemanduan beretika di jalan raya.

Negara kita perlu mencontohi bagaimana pemandu Jerman dan Switzerland memandu di jalan raya. Lori berkonvoi di lorong paling kiri sampai berpuluh kilometer panjangnya. Laluan paling kanan tak pernah ada kenderaan yang bersantai menggunakannya.

Cuma sekali sekala kenderaan yang memecut laju menggunakannya. Di kedua-dua negara itu juga, road hogger dikenakan saman yang sama nilainya dengan saman kepada pemandu yang memandu melebihi had laju di Malaysia.

Walaupun di sana tidak ada saman dikenakan kepada pemandu laju namun jumlah kemalangan maut amatlah sedikit. Ini adalah kerana walaupun kenderaan dipandu deras meluncur di lebuh raya, pemandu laju ini tetap berhemah dalam pemanduannya . Adab dan etika tinggi masih ada di dalam diri walaupun memandu pada tahap kelajuan tertinggi.

Pemanduan tanpa had laju maksimum ini mungkin satu fenomena biasa di Eropah dan Amerika Syarikat tetapi idea berkenaan masih belum cukup praktikal untuk dilaksanakan di negara kita pada ketika ini memandangkan tahap etika dan pemanduan berhemah pemandu tempatan yang amat rendah.

Mungkin idea ini boleh dipertimbangkan oleh kerajaan dalam masa sepuluh tahun lagi. Selaras dengan kepesatan teknologi pemotoran di masa hadapan.

Jabatan Keselamatan Jalan Raya dan Jabatan Pengangkutan Jalan serta Kementerian Pengangkutan mungkin boleh memulakan kajian terperinci dan melihat potensi saranan tersebut dalam masa beberapa tahun lagi.

Sudah sampai masanya pemandu kita berubah sikapnya!

Klik [SINI] untuk berita penuh

p/s: siput sedut pun laju

01 October 2008

Satu Hari Di Hari Raya ...

Salam Aidilfitri!
Wahhhh...tengok baju dia..bergemerlapan! pinau mata menengoknya hehehe. Eh cik abang, kasut but tu macam nak naik kuda jerkk hehehe. Jangan marah, sekadar bergurau senda di pagi hari raya :)

Alhamdulillah, rasa bagaikan baru semalam jerk kita berpuasa. Tengok-tengok dah raya! Eh, makanla kuih tu...jangan asyik sangat mengadap monitor ni haa...tambah² lauk tu :)

Sempena Aidilfitri yang mulia ini, aku ingin menyusun jari memohon jutaan ampun dan maaf buat semua rakan bloggers dan pembaca lain andaikata ada melakukan salah dan silap yang samaada sengaja atau tidak. Orang kata pena ibarat pedanga...dalam hal ni kita iaratkan keybod kita ni ibarat pedang buleh? Yela, sebab kita menaip guna keyod bukan guna pena pun kan.

Kadang-kadang bila kita asyik menaip, kita lupe...ada sesetengah penulisan kita yang tidak dapat diterima umum. Walaupun hakikatnya kita bebas untuk menulis apa saja, kita masih perlu mempunyai akal dan fikiran yang rasional dalam menulis sesuatu artikel. Kita lihat sahaja trend sekarang. Bloggers bukan kebal dari undang-undang dan kadangkala kebebasan bersuara kita pula disalah ertikan. Tidak mahu mengulas panjang. Hari raya kita kena ceria! Ayuhhhh!! kita pergi dapatkan duit raya!!

Sekali lagi, mohon ampun dan maaf, dan Selamat Hari Raya!

p/s: makan tak hengat dunia!

30 September 2008

Bila Lampu Pelita Menyala

Salam Ramadhan!
Penantian satu penyiksaan. Betul ke? Kalu posa pun korang anggap satu penyiksaan, tak tau eden nak kata apa dahh. Bagi sesetengah orang, bulan 'berpesta' membuat amal ibadah sudah hampir tamat. Maklumla, hanya bulan ramadhan jela pahala kita akan digandakan untuk setiap amal keaik yang kita lakukan. Semoga kita semua dapat berjumpa lagi pada ramadhan akan datang!

Bercerita pasal aidilfitri, ada dua peristiwa penting yang akan dilalui. Pertama, hari raya itu sendiri dan keduanya Majlis Pertunangan antara penulis dengan rakan se-blogger juga. Cepat, cari sapa hehehehe.Alhamdulillah, segala perancangan yang dilakukan sudah memasuki tahap pertama dengan bermulanya majlis ini. Semoga segala usaha kami akan dipermudahkan.

Tak mau ulas panjang-panjang. Nanti akan diupload dalam blog @ friendster dan facebook kami berdua. Sesapa yang nak add kami dalam friendster @ facebook, dialu-alukan :)

Sampai ketemu lagi! Salam Aidilfitri!

p/s: rombongan ciak kiah ke sukan komenvel heheh

29 September 2008

Bila Ayam Berkokok

Kerja lagi?Adesss...datang ofis pagi-pagi tadi tengok kosong jerkk. Untuk hari ni, hanya aku sorang je di cawangan aku. Rakan sekerja lain sudah mula bercuti. Al-maklumla, orang baru mana buleh cuti sangat. Dapat 2 hari cuti pun dah kire syukur.

Korang lain camana? Masih bekerja? Dah ada kat umah? Tengah on da way? Ke tengah buat ketupat? Laa...tu ketupat apa tu cik kak? Macam ikan emas jerkk bentuk nya hehehe

Buat yang masih bekerja untuk hari ini, selamat bekerja! Jangan datang ofis, lepas punch card terus hilang plak. Tu dah kire ngelat namanya. Kita bekerja seperti biasa. Penuh dengan komitmen dan kesaaran walaupun kepala otak dah takda kat ofis.

Buat yang dah bercuti, selamat bercuti! Jangan la ajar anak sedara korang main mercun plak. Mercun tu adalah bahan larangan dibawah Akta Kastam dan jika korang ditangakap memiliki mercun yang tidak dibenarkan, korang buleh didakwa! Walauagaimana pun masih ada kelonggaran. Beberapa mercun seperti 'pop-pop' masih dibenarkan. Kalu korang nak main mercun sangat, haa join festival bunga api kat putrajaya tu. Tunjukkan skill bunga api korang kat sana.

Bila baca paper ada saja kecelakaan akibat bermain mercun. Dalam paper hari, sorang budak nyaris buta seab main mercun! Hairan bin ajaib! Berbual dengan membe pagi tadi...kalu kita perhatikan bukan orang melayu je yang main mercun bila tiba hari raya, bahkan orang cina, india main mercun gak bila tia musim perayaan masing-masing. Tapi apa yang kita musykilkan, bila diorang main mercun, takda pulak masuk dalam paper cedera akiat main mercun ke apa. Yang kita nampak, budak-budak melayu ramai sangat cedera bila main mercun. Kalu setakat cedera ringan takpela gak. Ni siap dapat kecacatan kekal tuh! Apa korang nak cite pada anak cucu cicit korang nantikalu diorang tengok datuk diorang takda jari akibat main mercun? Nak cakap terlibat dalam perang kat luar negara ke? Ishhh....carila alasan yang logik sikit bang oii!

Moralnya, kalu kita nak main mercun tu, main la betul-betul. Kalu mercun bola tu bentuknya bulat, tak usahla korang kreatif sangat nak belah dua ke nak jadikan macam bola ragbi. Sure menemui KEGAGALAN punya. Dalam hal macam ni punyala kreatif dan inovatif, tapi dalam bab lain macam study ke tak kreatif pulak! Macamana tu?

Jangan salahkan lantai kalu tak pandai menari. Korang yang terlebih pandai, korang tanggung la sendiri! Banyak aku tengok remaja kita yang kreatif tak bertempat! Kreatif untuk menyusahkan diri sendiri dan orang ramai. Patutnya anugerah yang Allah bagi digunakan di tempat yang sebaik mungkin. Jangan sia-siakan bakat kita dik. Kalu kita dapat fokus pada tempat yang betul, insyaAllah kita akan berjaya!

Oklah, petang ini mahu pulang ke Muar, Johor untuk menyambut raya bersama famili dan bersedia dengan agenda seterusnya :) Selamat Hari Raya!

p/s: berhati-hati dijalan raya, ingatlah orang yang tersayang :)




25 September 2008

Dapat dari emel membe.

Berikut adalah lokasi speed trap sepanjang Ops Sikap kali ini:

Pls be prepared for this coming Raya season.

PLUS North Bound (ke Utara)

*Under a bridge at about 456km, Sg Buloh junction.
*Under a bridge at about 459km, Bukit Lanjan interchange.
*Under the overhead restaurant at Sg Buloh.
*Under the last bridge before Sg Besi toll at 309.2km.
*Under the bridge at 296.5km, Bangi junction.
*Under the newly constructed bridge at 289.0km, after Nilai North junction.
*Under the bridge at 286.5km, Nilai North junction.

PLUS South Bound (ke Selatan)

*Below signboard at about 454.6km and 455.2km, Sg Buloh layby.
*Under the bridge after Subang junction at 11.3km.
*Under the bridge at 22km, Bukit Lanjan junction.
*Under the bridge before Mint hotel, Sg Besi Toll. 80km/h only!
*Under the bridge at 302.8km, Kajang junction.
*About 1km south of Bangi junction, both south and north bound outer lanes* * * * * * * * * * * * * * * *
*At 296.5km and 297km, Bangi junction.
*Under the newly constructed bridge at 289. 0km, before Nilai North junction.
*At 285.5km and 285.8km, Nilai North junction.
*On center divider at 251.8km and 253km after Senawang junction.
*After Alor Gajah junction at 213.9km, next to water theme park.
*Behind the right hand crash barrier at 198.4km.

Elite Central Link East/North Bound

*On left hand side at 4.8km after Batu Tiga/Shah Alam exit
*Under the overhead restaurant at USJ/Hicom junction about 8.5km. 90km/h zone!
*Below the bridge before USJ/Hicom junction at 10.5km.

Elite Central Link West/South Bound

*Under the overhead restaurant at USJ/Hicom junction about 8.5km. 90km/h zone!
*Below the bridge before USJ/Hicom junction at 10.5km.
*After exit from KLIA toll to the airport, below Jalan Pekeliling flyover. 90km/h

NKVE East/North Bound

*300m before Jalan Duta toll, 60km/h!
*Behind crash barrier on the left when going towards Jalan Duta toll, at 24.9km, 80km/h!
*Below bridge at Damansara Junction, 17.5km

NKVE West/South Bound

*Behind crash barrier on the left when leaving Jalan Duta toll from KL, at 25.3 km and 25.7km, 80km/h!
*From Jln Duta, below the bridge, 23km, 80km/h zone!
*From Jln Duta, at the underpass at Sg Buloh Y-junction, 22km.
*Behind crash barrier at Damansara Junction, 17.7km and 16.8km
*Below railway bridge at 11.2km
*Under the bridge at Shah Alam junction.

Kesas East Bound

*Under the bridge at 44.8km, downhill run after Puchong junction.

Kesas West Bound

*At Sg Besi side of East Bound Toll. Kuala LumpurCity
*Jalan Duta; below the flyover at the Damansara junction, 70km/h zone.

Klang

*Dual carriageway between Klang and Port Klang. Towards Klang direction, at about 13km mile stone.70km/h only!

East Coast

*Road sign at Karak highway is inadequate especially at Y junction; if you are unfamilar, go slow.
*East bound, downhill run after Raub junction.
*Maran, 60km/h zone.
*Paya Bungor, 70km/h zone.

SPEED TRAPS IN JOHOR
South Bound

*Tangkak junction.
*Under the bridge after Yong Peng

North junction

*at 97.3km.
*Ayer Hitam junction.
*Sedenak junction.

SPEED TRAPS IN PERLIS, KEDAH AND PENANG
North Bound

*Around Ayer Hitam in 60km/h zone.
*Before Perwaja Steel.
*Sg Petani junction.
*Between Seberang Jaya junction and Sg Dua Toll.
*PenangBridgeat island end.Speed limit 80km/h.

South Bound

*PenangBridgeisland end. Speed limit 80km/h.
*About 2km before Juru Toll Speed limit 90km/h.

SPEED TRAPS IN PERAK
North Bound

*Under the bridge at 197.1km and 198.8km, after Kamunting Junction.
*Under the bridge at 204.3km, after Kamunting Junction.
*Under the bridge at 208km, before Kamunting Junction.
*Under the bridge at 214.8km, before Kamunting junction.
*Ipoh Vista Point at about 263km. Speed limit 80km/h.
*Under the bridge at 271km, Ipoh North Junction.
*Under the bridge at 274.4km, Ipoh South Junction.
*Under the bridge at 286.9km, Simpang Pulai Junction.
*Under the bridge at 296km, Go peng Junction.
*Under the bridge at 352.6km, after Sungkai Junction.
*Under the bridge at 353km, Sungkai Junction.
*Under the bridge at 373km, Slim River Junction.

South Bound

*Under the bridge at 199km, before Kamunting junction.
*Under the bridge at 241.9km, at Kalau Kangsar junction.
*Under the sign post at 296.1km, before Gopeng Junction.
*Under the bridge at 297km, at Go peng Junction.
*Under the bridge at 300km, after Go peng junction.
*Under the bridge at 308.6km, after Go peng junction.
*Under the bridge at 372.6km, at SlimRiverjunction.


SELAMAT HARI RAYA..MAAF ZAHIR & BATIN =)

p/s: naik beskal jerk

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin