20 June 2008

Al kisah: Gila-Gila Remaja

Langkawi oh Langkawi!

Zaman muda² dulu (la ni pun bukan tua sangat :p), aku dengan geng² aku suka berjalan merata corok. Maklumla, masa tu PTPN bagi sponsor (tapi kena bayar balik sebab tak cemerlang hehehe). Ada sekali tu kalu tak silap aku masa aku final year. Kitorang baru abis exam. Duit PTPTN banyak lagi, so kitorang decide pi melencong ke Langkawi!!

Pakat 9 orang (jadi samseng Kg. Dusun) beli tiket bas naik kat Puduraya, terus ke Jeti Kuala Kedah. Dari sana kitorang naik feri ke Pulau Langkawi! Saja nak imbas memori lama. Jom jalan² (ala-ala Maria Tunku Sabri :p) ;


Selamat Datang Ke Langkawi!


Monumen yang wajib di ambil gambar!


Bila udah sampai Langkawi, wajib pergi Tasik Dayang Bunting!


Berenang-renang bebas (pelampung disediakan hehehe)

Beras Basah Island

Masa kat sana kitorang sewa umah gak utk 4 hari 3 malam. Tuan umah punya la sporting. Breakfast je kat umah dia hehehe. Kitorang sewa satu bot dengan pakej pi 5 pulau sekitar Langkawi! seronok meh!

Bila lagi la mau ke Langkawi nih...

p/s: Gayat naik kabel car!



19 June 2008

Santai

Temubual seorang pemuda dengan pakcik gembala biri-biri.

Pemuda : Baguslah ternakan biri-biri pakcik. Boleh saya tanya beberapa soalan tak?
Pakcik : Boleh aje...

Pemuda : Berapa jauh biri-biri ni berjalan setiap hari?

Pakcik : Yang mana, yang putih atau yang hitam?"

Pemuda : Yang putih.

Pakcik : Kalau yang putih berjalan lebih kurang enam kilometer setiap hari.

Pemuda : Yang hitam?

Pakcik : Yang hitam pun sama...

Pemuda : Berapa banyak plak rumput biri-biri ni makan setiap hari?

Pakcik : Yang mana, yang putih atau yang hitam?

Pemuda : Yang putih?

Pakcik : Ah, yang putih makan lebih kurang empat kilo rumput setiap hari.

Pemuda : Dan yang hitam?

Pakcik : Yang hitam pun sama...

Pemuda : Berapa banyak bulu yang mereka hasilkan setiap tahun?

Pakcik : Yang mana, yang putih atau yang hitam?

Pemuda : Yang putih?

Pakcik : Aaa....yang putih menghasilkan sekitar enam kilo bulu setiap tahun.

Pemuda : Dan yang hitam?

Pakcik : Yang hitam pun sama...

Pemuda : Kenapa pakcik membezakan biri-biri pakcik yg putih dgn yg hitam, padahal jawapan semuanya sama aje?

Pakcik : Mestilah...sebab biri-biri yang putih itu pakcik yang punye.

Pemuda : Ooo, gitu ke...abis tu yang hitam tu sapa punye?

Pakcik : Yang hitam pun sama.....

17 June 2008

Damai Laut: The Return Part II

Salam Ceria!

Seperti yang dijanjikan dalam episod lepas, ni ada beberapa keping gambar yang menarik untuk di kongsi bersama :)

Damai Laut
Swiss Garden (Tempat Penginapan)
Pulau Pangkor
Membeli belah di Pulau Pangkor
Malam Gala Dinner (ala-ala Kampung, makan duduk bersila )


p/s: kalu ikut hati banyak jepic nak upload, tapi sikit² ni pun ok la kan :) btw, Damai Laut memang besh! Penginapan kat Swiss Garden sana pun besh! aku duk apartment je. Maybe hotel penuh. Tapi tak kisah la tu :)

16 June 2008

Home Sweet Home!

Damai Laut, The Return.

Tepat jam 2.00 petang, kitorang semua check out dari penginapan masing². Mula-mula ingat nak bergambar beramai-ramai dengan semua staff, tapi oleh kerana dah lambat sangat dan masing-masing dah kepenatan tak hengat dunia, maka kitorang decide nak balik trus. Pegi dan bali kitorang ikut jalan lama je. Malas nak ikut hiway. Lagipun jalan lama ke sana takla teruk mana. Jalan dah besar beb! tak perlu risau nak ikut lori lama². Okla, cita panjang pun tak guna, aku ada upload gambar untuk tatapan korang semua, enjoy!

p/s: gambar lain aku akan upload esok! yg ni kire teaser dulu la ehehe

13 June 2008

It Friday the 13th!

Friday Blues

Dapat emel dari seorang rakan tadi. Menurut dia bagi tahun 2008, hanya jumaat ini sahaja ialah Jumaat ke-13 atau dalam bahasa omputih nya Friday the 13th!

Apa dia Friday the 13th?

Menurut wikepedia;

Friday the 13th is considered a day of bad luck in English-, French- and Portuguese-speaking countries around the world, as well as in Austria, Germany, Estonia, Finland, The Netherlands, Belgium, Republic of Ireland, Poland, Bulgaria, Denmark, Iceland, Sweden, Norway, Czech Republic, Slovakia, Slovenia, Hungary, and the Philippines.

Similar superstitions exist in some other traditions. In Greece, Romania and Spanish-speaking countries, for example, it is Tuesday the 13th that is considered unlucky. In Italy, it is Friday the 17th.

The fear of Friday the 13th is called paraskavedekatriaphobia,[1], a word derived from the concatenation of the Greek words Paraskeví (Παρασκευή) (meaning Friday), and dekatreís (δεκατρείς) (meaning thirteen), attached to phobía (φοβία) (meaning fear). The term is a specialized form of triskaidekaphobia, a simple phobia (fear) of the number thirteen appearing in any case.


Menurut website tu lagi ketakutan pada hari jumaat ke-13 ini sangat hebat, sampai semua orang takut untuk keluar bekerja atau kemana-mana! Mak aiii!! Sampai cam tu sekali?

Kalau kita kat Malaysia ni yang aku tau orang-orang kita takut bila tiba malam 'Jumaat Keliwon' (bahasa jawa tu). Dalam bahasa melayu nya malam jumaat yang bulan mengambang dengan penuh (sila betulkan aku ye kalu maksud dia ni salah). Maklumla, walaupun mama i jawa, tapi daddy i bukan jawa. So i jadi asam jawa!!! Ekekekek!! Gurau² saja :)

Aku pun hairan bin Ajaib...walaupun mak aku jawa tapi aku tak boleh cakap jawa! Sikit² okla. Kalau nenek aku yang speaking jawa, aku still boleh paham. Tapi kalau nenek kepada nenek aku yang speaking, langsung gue ternganga! jawa halus beb! Senyum jela. Tu belum nenek aku sebelah ayah kat kuantan, lagi pekat bahasa banjar dia. Sampai aku pun terkulat-kulat jerk dengar. Apapun, seronok dapat belaja bahasa² orang lama ni. Sebenarnya walaupun kitani orang melayu, kita masih ada banyak bahasa yang perlu kita tahu. Apa ingat kalau tau cakap jawa tu kita ni orang indon ke? Salah tu beb! Dalam bahasa jawa pun ada beberapa lagi kategori, tengok tu..punyala dasat!

Back to the main road!

Tapi kalau nak ikut akak² ofis aku yang dah kawin ni, malam jumaat ialah malam yang penuh berkat untuk pasangan suami isteri. Adehh...buat² paham sudeh! Yang tak paham tu, angguk² jela.

Apapun, sebagai orang Islam kita bukan boleh percaya pada benda² yang omputih ni kata Friday the 13th ni. Boleh jadi syirik beb! Serius!

BTW, mood keje sangat merudum di saat aku menaip blog ni. Maklumla, harini half day. Lepas jumaat sudah bertolak!

Sampai ketemu lagi!

p/s: macam² ada!

11 June 2008

IKLAN: Geli Mat! Geli!

.


Tips:
- Sila kuatkan volume komputer anda
- Anda tak paham takpe, just tengok je sarikata lagu
- Enjoy!

p/s: sekadar hiburan :)

Cuti-Cuti Malaysia

Damai Laut Menjerit!

Salam Ceria!

Hari² yang ditunggu semakin tiba. Yes, 13hb ni sampai 15hb ni Syarikat kitorang akan mengadakan sambutan hari staf @ Staff Day buat julung kali ke berapa ntah (tapi kali pertama la bagi aku hehe) di Damai Laut, Perak! Dulu masa praktis takdanya acara staff day ke, apa day ke. Semua day adalah sama! Yang membezakannya hanyalah ada kes ke takda kes, tu jela. So peluang yang ada ini akan dimanfaatkan betui² heheh. Macam biasala, aku akan offline dari 12hb sampaila 15hb Jun. Lepas tu kita sembang lagi!

p/s: 3R, rest, rilex, dan rilex lagi :p

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin