29 June 2010

Bila Mata Ngantuk

Qada' Kerja?


Time tengah hari camni memang banyak coobaan. Ditambah pulak bila lepas makan dan hujan dikala cuaca yang amat panas. Terpaksa berperang dengan mata sendiri melawan nafsu tido! Aduhh...mata oh mata, janganlah dikau tido! Huhu

Kita kalu bekerja biasa nya 8.00 pagi sampai jam 5.00 petang kan? Ada orang yang masuk jam 8.30 pagi, ada yang masuk jam 9.00 pagi. Ni kira masa saya punch card la ni. Ada orang kan, masa dia duduk jauh dari tempat kerja, dia sentiasa datang awal ke ofis. Bayangkan jela, jam 6.00 pagi sudah gerak sebab nak elakkan jem. Tapi bila dia dah duduk dekat kat ofis, wahh, masuk keje jam 8.00 pagi, jam 7.45 masih boleh bersenang lenang. Lepas tu jam 8.50 pagi baru nak gerak. Tu pun siap singgah beli paper. Sampai ofis, cari parking sume tengok-tengok jam udah kul 8.05 minit. Time tu berlari la mendapatkan puch card. Dan itulah akibatnya saya yang suke-suki melambatkan masa hahah.

Tapi tu dulu tawww uols. Sekarang tidak lagi. Sebab saya nak pegi kerja pun kadang-kadang jem! Hairan bin Ajaib! Tapi sampai ofis masih awal...dalam jam 7.58 pagi hehehehe

Orang kata kan, kalau kita ada hutang kita kena la bayar walau apa cara sekalipun. Kalau berhutang dengan orang, kita cari la orang itu dan bayar hutang dia. Kalu hutang dengan Tuhan, bayarlah balik dengan amalam-amalan kita. Kalu berhutang dengan masa? Kita bayarlah balik masa yang kita dah curik tu. Tak susah kan? Kalau hari-hari kita lambat masuk keje, apalah salahnya kita balik lewat skit dari biasa untuk bayar balik masa yang kita dah curik pagi tadik tu. Memanglah takda OT, tapi niat jela dalam hati untuk bayar balik masa yang kita curik tu tadik.

Ok geng? Ujan makin lebat, mata makin berat. Kena jalan-jalan jap ni untuk segarkan mata. Dalam mulut ni pun dah penuh gegula nih hahaha. Sampai ketemu lagi!

p/s: katak oo katak kenapa panggil ujan

Photobucket

26 June 2010

IKLAN: Senaman Meja Yokk

Saya tak pasti saya pernah up kan iklan ni ke tidak. Kalu takda, bagus la. Kalu dah ada kire ulangkaji la yerk uols. Selamat beramal! :)



 p/s: kalu uols tak nampak, pandai-pandai la zoom out yer ekeke

Photobucket

25 June 2010

Kelepak Kelepuk Kelepak

Panahan Arjuna


Salam pagi jumaat! Yang tengah keje, kita fokus pada keje, yang tengah ada kelas, fokus lah ke kelas, yang tengah main facebook, fokus lah ke facebook jugak ke? Heheh. Jangan sampai bos nampak suda ;)

Bila bercakap soal chenta ni memacam cerita yang kita akan dengar. Cinta monget la, cinta ayam la, cinta siber la, cintan cintun la, mee cintan la dsb. Dulu saya ingat lagi seorang sahabat yang baru putus cinta setelah 3 tahun menanam tebu err i mean menanam kasih di hati seseorang. Datang ke bilik saya (waktu tu jaman belaja), dan bercerita penuh emosi dan akhirnya....sobb..sobbb..sobbb (aiyak, ini lelaki suda nangis lorr!!). Tu kisah dulu. Ermm..6 tahun yang lalu kot. Sekarang tiada lagi. Saya berpesan pada dia, hidup mesti terus! 

Tak kisahlah kena tinggal ke, meninggalkan ke, di campak ke, kena campak ke, hidup tetap kena terus. Biasanya semua tu ada hikmahnya. Maybe dia bukanlah orang yang sesuai dengan kita. Maybe satu hari nanti akan ada orang yang lebih baik dari dia datang dalam hidup kita. Time tu kita dah boleh tepuk tangan dan bersyukur kerana dipertemukan dengan seseorang yang lebih baik dari yang dulu, kan?

Ok, kita sambung buat keje!

p/s: bos dah jeling² la pulak hahaha



Photobucket

24 June 2010

Ada Mata Tengok

Kisah Anak Tokey Shell Part II




Kelmarin saya servis kereta lagi di bengkel ni. Dan sekali lagi saya lupe mau tanya apa nama tokey dia tu hehe. Cumanya layanan kali ini suda lebih mesra sikit. Pekerja beliau yang 'bangla' tu mula memberi salam. Dan tokey ni dari jauh lag suda angkat tangan mendapatkan saya. Sewaktu kereta saya sedang diservis, saya cuba berbual-bual dengan anak tokey ni tadi.
"U kata nak sambung belaja, jadi ke?"
"Julai nanti"
"Kat mana tu?"
"Itu SEGI Kolej"
"Oho..u amik kos apa nanti?"
"Ermm business administration"
"Wah, bagus tu. nanti u punya membe ni tinggal sorang la" 
Dia gelak
"Takda sorang nye, saya belaja dekat saja. Nanti balik kelas pigi sini balik tolong orang tua tu"
Selumber jerk dia kata ayah dia orang tu. Kami gelak.

Saya bukan nak cakap apa, cume saya perhatikan semangat nak belaja macam ni lah yang kita kena ada. Macam mak saya pesan dulu-dulu, "Kena ubah kehidupan keluarga dan siri sendiri. Jangan tengok mak macam ni, ko pun nak jadik macam ni. Mak nak tengok ko berjaya" Nasihat yang simple tapi padat sehingga menusuk ke hati. Sejak dari tu saya tak toleh ke belakang dah!

Kadang-kadang orang kita ni bukan tak mau nak anto anak-anak belaja jauh-jauh, tinggi-tinggi sampai masuk unibersiti (kata orang kampung saya), tapi tu lah..."Makcik takda duit..", "Pakcik tak sanggup nak gadaikan tanah tu" dsb lah. Tahukah anda, kerajaan menyediakan perlbagai kemudahan untuk kita belaja? Takda suit nak daftar, PTPTN bagi advance dulu kan? Berita semalam pulak (23/06/10), pihak-pihak boleh berbincang dengan universiti kalu takda duit nak bayar yuran pendaftaran semasa mendaftar masuk U. Alangkah bagusnya. Saya amat berterima kasih pada mak saya yang 'celik mata' tentang ini walaupun hanya kerja kilang dulu². Kalau tak, ntah² saya masih di kampung bekerja macam². 

Jumpa lagi nanti!


p/s: the power of dream



Photobucket

23 June 2010

Ada Mata Pandang

Anak Tokey Shell Punya Cerita



Saya selalu servis kereta kat bengkel dia ni (alamak! baru saya perasan saya tak pernah tanya nama dia sapa hahaha), maklumla biasa jumpa panggil 'boss' takpun 'uncle'. Dia pulak kadang-kadang panggil saya 'boss' jugak. Agaknya beginilah caranya orang-orang bukan bumi berniaga. Menjaga pelanggan bersungguh-sungguh. Tak macam orang kita, nak mencekik pelanggan lagi ada. Opss..tak semua kan. Saya merujuk pada orang kat planet lain ni, abang-abang jangan marah pulak heheh.

Tokey ni ada sorang anak (yang selalu ada kat kedai dia tu lah), dah anak lelaki beliau ni baru sahaja abis SPM baru-baru ini. bapak dia ni pun cerita la yang result anak dia ni tak power, lepas tu nak masuk U susah etc. Dan saya pun dengar jela sambil melihat-lihat kereta saya sedang di servis. Saya tanya pada dia, 
"Abis u nak anak u keje dengan u terus ke ni?" 
Dia jawab, "Tak mau ma, saya mau anak saya pigi belaja jugak. Tak dapat masuk U takpa, nanti saya hantar pigi kolej. Dia kilija sini pun bukan dapat apa, bagus belaja sana juga". 
"Ala tokey, u kan dah ada bengkel ni, anak u boleh jaga kan nanti" Saya cuba provoke. 
"Takda, saya mau dia belaja juga. Mau dia rasa susah skitt. saya pun dulu orang susah ma. Tak mau dia nanti rasa senang dapat luit takda belaja punya"
Saya senyum. Agak-agaknya orang-orang kita nak ke buat macam tu? Ataupun kita akan dengar ayat macam ni;
"Ala mad, ko sekolah dah tak pandai tu baik tolong ayah jaga kebun je ni ha. Kang ayah dah takda, ko jugak boleh amik kebun ni" Tak pun;
"Ko belaja tinggi-tinggi pun ke daput jugak minah oi. Baik mak pinangkan ko dengan anak tok penghulu hujung kampung tu jerk. Boleh mak menumpang kesenangan ko nanti"
Agak-agak ada lagi ke kisah orang kita macam tu? Kita sambung nanti heheh

p/s: jari beku nak menaip huhu

Photobucket

22 June 2010

Huuu...Huuuu..Huuuu

Apa Cite Sedih Nih?



Salamat pagi! Laaa...apa monyok-monyok ni? Orang lain semua gumbira, korang jer yang sesedih. Tak syiok betul. Kawan-kawan, jangan sedih-sedih selalu. Kalu selalu sangat sedih, membe pun rasa menyampah. Tak percaya? Try la buat. Hari ni sedih, esok sedih, lusa sedih, tulat sedih, minggu depan sedih, lepas tu sampai setahun sedih, sure membe menyampah. Nak-nak pulak sedih tu sebab kucing mati ke, ikan terlepas ke, boifren lari ke, girlfren lari ke...opsss!!

Bawak bertendang...err bertenang. Sedih jangan di ikutkan sangat hati tu. Nak sedih boleh, tapi berpada-pada lah ok. Jangan lama sangat, orang yang asyik bersedih ni, dia takkan kemana. Ke sedih dia la jugak. Apa kata tukarkan sedih kepada hepi. Baru la ada motivasi skit. Ingat orang sedih ada motivasi ke? Lagi kebawah (down) adalah. Nak sedih, sedih 2-3 hari dahlah. Nak meraung ke, frus menonggeng ke, nangis tak hengat dunia ke, 2-3 hari je suda ok. Lepas tu kita mulakan kisah baru, hidup baru. Macam orang kampung saya cakap. 'Life goes on'.

So, ceria-ceriakan hidup anda. Senyum seindah suria  :) 


Photobucket

17 June 2010

Tak Pedihkan Mata Pun

Tanya Sama Itu Hud-Hud


Lama betul tak memblog ni! Orang tempat saya cakap, lama giler! Bukan sebab gila sampai tak tulis apa-apa kat blog, tapi sebab lama dah tak nyinggah kat sini dan tulis sesuatu.

So, apa kabar semua? Ada baik? Takda baik? Kalu ada baik, bagus juga. Kalu takda baik, pi klinik juga, sure baik. Kalu hari-hari takda baik, tu musti problem juga. Rileksss! Masalah memang sentiasa Problem! Dan problem memang masalah. Betul tak? Macam masa nak time tu. Cam tu la gak kan?

Hidup memang sentiasa dipenuhi dengan masalah. Beruntunglah sesiapa yang hidup kat dunia ni tak da masalah. Ulat dalam batu pun ada masalah tau. Apa masalah dia? Masalah dia nak tebuk batu tu untuk dia masuk. Dia takda gigi, takda gerudi nak tebuk lubang. Tak caya? Tanya ulat tu.

Orang yang sentiasa keluh kesah pasal masalah dia ialah orang yang paling lemah. Salah ke statement ni? Betull, kenapa? Sebab bila dia sentiasa keluh kesah pasal masalah dia lagi banyak la kelemahan dia akan terkeluar dan tertonjol. Se-eloknya ialah bersabar. Sebab orang yang banyak sabar ialah orang yang paling kuat. Sebab kesabaran boleh menimbulkan kekuatan. Dan bila ada kekuatan, barulah boleh berjaya! Ye tak?

So kawan-kawan, jangan keluh kesah sangat pasal masalah anda. Setiap masalah pasti ada jalannya kan? Kita jer yang kena carik :)

p/s: teringat kisah gagak dengan bekas air

Photobucket

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin