04 March 2009

Kirii...Kanannn..Kirii!

Kenapa?

Orang lupa selalu dikata alpa
Orang lupa selalu dikata gila kuasa
Orang lupa selalu dikata takda kerja

Tapi bila kau lupa, apa kau nak kata?
Bila kau lupa, kau nak salahkan siapa?
Bila kau lupa, takkan nak main tunjuk aja?

Orang lupa, jawapannya kena ketuk kepala
Orang lupa, tindakannya cakap tak serupa

Bila orang dah lupa, kita kenala sedarkan dia
Bukan suruh dia terus terlupa
Nanti dia akan jadi alpa

Bila dah lupa, dia pun jadi serba tak kena
Bila dah lupa, dia pun buat kerja ntah apa-apa

So, kawan
Kalau anda terlupa, mehla saya kasi azimatnya
Bukan apa, kita lupa, masih ada orang ingatkan kita
Tu pun nasib baik ada orang duk ingatkan kita
Daripada lupa dan terus lupa...

Tapi biasala,
Lupa akibat kuasa lagi panjang cerita
Nak cakap pun tak guna
Bukan apa, satu kita cakap, sepuluh dia kata!

Haiishh..susahla orang kejar kuasa
Sebab dia rasa dialah raja
Kalau dah rasa raja, so faham-faham ja
Serba-serbi kena ikut telunjuk dia

Ni lah akibat lupa
Dia selalu tepuk dada, ketuk kepala
Patutnya tepuk dada, tanya selera
Tapi selera bukan sebarang serela
Ada yang selera macam singa!

Jadi, kawan...
Kita tolong dia
Tepuk dada, tepuk kepala dia
Biar dia sedar dia siapa
Ada kuasa tapi tak guna
Dia ingat dia boleh beli apa je

Jangan dia lupa, kita pun lupa
Nanti akibatnya, semua lupa!
Tau-tau tergadai harta
Sebab lupa yang sengaja lupa

p/s: Udahhh...jom buat kerja!

03 March 2009

Incik Ada Masalah?

Buli dan Guli


Salah siapa bila kejadian bulu membuli terjadi di sekolah sekarang ni? Nak kata ni cerita lama, tak jugak sebab dari dulu zaman-zaman kita sekolah lagi kejadian 'buli tapi mesra' ni dah lama ada dan dah lama jadi trend.

Tapi yang peliknya bila trend ini semakin ganas dan bukan lagi 'buli tapi mesra' macam suatu ketika dulu. Saya bukan nak cakap 'salah membuli junior' tapi lebih elok sekiranya pendekatan yang lebih 'mesra' digunakan. Kenapa buli perlu ada fizikal contact? Dulu, kita dikejutkan dengan kes pelajar mati akibat dibuli oleh senior. Adusss...sekali lagi, akal ada 9 tapi suku jerk yang digunakan. So, akibatnya jadi la macam ni.

Yang lagi pelik, korang tu budak pandai-pandai. Dapat masuk asrama penuh tapi perangai macam setan. Opss..sori la kalau terlebih suda, tapi itula hakikat!

Buli, buli la jugak, tapi trend sekarang nampaknya lagi teruk. Siap rakam aksi dan masukkan dalam youtube. Dah takda kerja agaknya budak-budak ni. Kalau setakat nak tunjuk hero, baik korang pikir seratus kali. Bila kes ni dah masuk media, nak salah siapa? Kesiann...tak pasal-pasal kena gantung sekolah. Masa depan dah KOMPOM takda!

Tula, kita ni kadang-kadang lupa. Orang hantar pi sekolah untuk belajar. Bukan nak tunjuk samseng. So, kawan-kawan..beringatlah sebelum kena.

p/s: buli balik

02 March 2009

Ada Minat?

Anime, Animu

Ada orang kata cite kartun, tapi pada saya kartun dengan anime banyak bezanya. Kartun macam Tom & Jerry tu, tapi anime lebih bersifat dewasa (kotttttt). Tak salah ada hobi tengok anime ni. Asal jangan sampai terabai keje sudahhh!

Orang tanya, kenapa saya minat tengok anime? Oh well, saya sukakan lukisan manga jepun sebab ianya seni. Dan saya juga membaca manga (orang kita kata komik).

Apa anime yang saya ada dan pernah tengok? Antaranya ialah;


Dragonball & Dragonball Z
(Mesti ramai peminat cerita ni kan? Kumpul 7 bola naga dan hajat anda akan dimakbulkan..opss satu hajat sahaja heheh)



Yakitate Japan!
(Saya paling minat cerita pasal masakan. Dulu selalu juga tengok cerita Istana Takeshi. Cite ni pasal orang buat roti. Bukan buat roti main-main, tapi membuat roti betul. Dalam cerita ni siap ada bagi resepi lagi. Kalau tak silap TV3 ada kuarkan cerita ni kat tv. Tapi saya dah abis tengok pun hahah)



Tokko (vol 1 & Vol 2)
(Lupa suda cerita ni pasal apa, sebab untuk episod awal-awal agak busan sedikit, tapi berbaloi juga untuk tengok)



Naruto & Naruto Shippuudeen
(Rasanya ramai peminat cerita ni. Dalam Tv3 pun ada dah. Dalam naruto, tentang zaman dia kanak-kanak. dalam naruto shippuudeen, zaman dia dewasa. "Harem No jutsu!" hehehe)



Gundam 00
Yang ni baru. Dulu saya tak berapa minat sangat cerita gundam ni. Tapi sejak terbaca dalam satu artikel dalam sebuah komik, rasa seronok pulak cerita Gundam 00 ni. Serba baru, tapi still konsep Gundam yang lama yang korang sume pernah tengok)



Gantz
(Masa mula-mula baca manga ni, agak blur-blur gak. Last-last decide untuk cari anime dia dalam internet. Dapat full episod. Bila tengok anime baru paham jalan cerita. Tak seswai untuk kanak-kanak :p, Banyak 18sx heheh)



Eye Shield 21
(Saya rasa cerita ni pun ada ramai peminat. Sama juga, bermula dari membaca manga, terus saya cari dalam bentuk anime. Tentang American Football di Jepun. Memang best!)



Bleach
(Yang ni pun rasanya ramai peminat sebab ada keluar kat tv. Sama macam kat atas, mula-mula baca manga dia, tapi oleh kerana lambat sangat, terus cari anime. Setakat ni sudah sampai episod 207)



Black Cat
(Pernah tengok movie XIII: The Conspiracy? Mengisahkan pembunuh upahan dengan kod XIII di badan. Memang menarik)



Initial D (Stage 1, Stage 2, Stage 3, Stage 4, Initial D: The Movie)

(Cerita ni pun sure ramai peminat nya. Nak-nak sejak anime ni difilemkan. Tapi sayang, movie yang tak berapa best macam anime. Nak belajar driff? Tengok Initial D!)



Fullmetal Alchemist
(Ada peminat cerita ni? Pun dah abis tengok. Dalam manga jalan cerita dia lain, dalam anime pun lain)



Ah! My Goddess (Vol.1 & Vol. 2)
(Cerita yang memang sweet! Tentang Pari-pari-pari yang menunaikan hajat dan pada suatu hari, lelaki ini telah membuat hajat agar pari-pari ini menjadi teman hidupnya!)

Apa lagi yang saya ada dan tengok? Akan di 'up' kan lagi selepas ini!

p/s: kat mana saya downlod anime-anime ni? cuba tengok [SINI]

01 March 2009

Tanya Sama Hati

Teman Dan Sahabat


Dalam bersahabat, anda akan temui 2 perkara, sama ada rakan yang baik atau rakan yang mendorong melakukan perkara negatif. Berikut mungkin petua yang boleh membantu anda untuk terus disukai di kalangan rakan yang selama ini sering berkongsi kegembiraan dengan kejayaan anda:

  • Timbulkan rasa minat dalam diri untuk mengetahui kisah rakan.Bayangkan anda ada 2 kawan rapat iaitu yang suka mnedengar cerita anda dan seorang lagi bersifat sebaliknya. Jika di tanya rakan mana yag lebih disenangi, pastinya anda memilih rakan yang suka mendengar cerita anda. Jika anda ada rasa minat dan menunjukkan minat mengenai apa diceritakan rakan, anda akan disukai mereka. Ke mana saja dia pergi, pasti mereka juga akan teringatkan anda. Demi mengekalkan persahabatan, wujudkan rasa minat yang ikhlas dalam hati mengenai rakan anda itu.
  • Apabila rakan bercerita, tahan diri daripada membuka cerita anda yang mungkin lebih hebat daripada cerita mereka. Anda boleh buka cerita anda pada masa lain. Biarkan rakan anda menyerlah.
  • Senyum atau ketawa apabila ada pengalaman mencuit hati. Angguk kepala anda sekali sekala untuk menunjukkan anda faham apa yang diceritakan rakan.
  • Duduk atau berdiri dalam kedaan sedang minat mendengar sesuatu. Jika anda sedang menonton cerita yang sangat disukai, bagaimana anda duduk dan berdiri? Gunakan cara duduk atau berdiri itu apabila mendengar cerita rakan anda.
  • Hargai apa saja pertolongan atau pemberian rakan anda.
  • Apabila rakan memberi sesuatu, berhenti daripada melakukan apa yang sedang dilakukan dan lihat apa yang diberikan rakan.
  • Berikan senyuman manis dan menara kerana ia boleh menyampaikan mesej kemesraan serta keceriaan. Sebagai contoh, jika anda selalu tersenyum, anda akan menarik rakan yang ceria disekeliling anda.
  • Jika anda dilanda msalah dan mula rasa sedih, cuba senyum. Senyum seperti anda berasa amat gembira. Sambil anda senyum, wujudkan rasa gembira dalam diri.
  • Walaupun kadangkala anda atau rakan ada masalah, asingkan masalah daripada kehidupan seharian dan berlatih untuk mudah tersenyum.
  • Jika selama ini anda memang susah hendak senyum, latih diri anda setiap pagi untuk senyum di depan cermin. wujudkan rasa seromok di dalam diri anda apabila anda senyum.
  • Bercakap mengenai perkara yang baik dan jika anda berada dalam satu kumpulan di mana mereka bercakap perkara tidak baik (mengumpat), elakkan dan tegur secara berhemah.
  • Amalkan cara berfikir yang positif, lihat perkara yang baik dalam sesuatu kejadian. Apabila anda selalu mencari, melihat dan berfikir perkara yang baik, anda akan mula bercakap perkara yang baik.
  • Jika anda ternampak sesuatu yang baik di dalam diri rakan, puji mereka. Pada masa yang sama, tanamkan azam untuk mempunyai sifat baik itu.
  • Jika anda berada dalam kumpulan yang sedang mengumpat dan mengutuk, cadangkan topik lain untuk dibincangkan jika anda manpu. Jika tidak, minta diri dan tinggalkan kumpulan itu. Jika sering bercampur dalam perbualan bersifat negatif, anda akan selalu terfikir mengenai perkara negatif. Akibatnya, anda juga berfikiran dan bersifat negatif.
  • Bercakap sesuatu yang baik mengenai rakan akan merapatkan lagi hubungan anda dengan rakan itu. Rakan lain yang melihat sifat anda itu akan mahu mendekati anda kerana mereka tahu anda hanya akan bercerita mengenai perkara baik mengenai mereka.

25 February 2009

Satu...Dua..Tiga..Lekuk!

Apa Khabar Kawan!

Penah tak kita tengah berjalan-jalan kat mana-mana lepas tu kita jumpe dengan seseorang yang kita rasakan kita kenal tapi kita tak ingat? Puas kita duk memikir nama dia dan dimana kita penah jumpe dia dan apa sebabnya kita kenal dia. Lepas tu tanpa teragak-agak kita menyapa dia, dengan harapan dia pun akan cuba ingatkan kita dimana kita pernah berjumpa dulu. Tapi last-last dia pulak yang buat muka blur-blur siap tanya sapa kita! Aduhhhh!!!!

Macam tu la manusia. Bila dia rasa seseorang tu takda kepentingan pada dia, dia akan cepat lupakan kita, walaupun kita ingt sikit-sikit pasal dia. Tapi dia langsung tak ingat kita! Macam tu jugak kadang-kadang terjadi pada saya. Kita kenal dia sebab dia satu universiti dengan saya. Pernah join satu program dengan saya, tapi tak pasal-pasal dia boleh tanya sapa saya, belajar dimana semua! Whatt!!

Bila kita kena macam ni, apa yang kita rasa? Dari kita nak buat network dengan dia, terus hilang semangat kita. Kita bukan nak orang kenal kita, tapi at least, simpan la sedikit memori tentang kawan-kawan anda. Tak ingat nama takpe. Tu perkara biasa. Dulu sewaktu saya menghadiri kes-kes di mahkamah, selalu juga saya berjumpa dengan senior-senior dan rakan sekelas yang kita ingat muka tapi tak tahu nama. Berbual macam biasa, tapi mata sibuk menjeling diari, file, buku nota dsb, untuk mencari nama dia. Dan akhir sekali jika masih gagal mengetahui nama dia, kita jujur berkata yang kita lupa nama dia. Dan saya pasti dia tidak akan berkecil hati dan akan mengatakan bahawa dia juga lupa nama kita. Disitulah kita akan mengukuhkan lagi ukhwah.

Bukan kita nak rasa diri kita glamour, tapi kita hanya mahu kawan, kenal kawan. Bukan kawan, tapi langsung tak kenal kawan. Apa perasaan anda bila kawan buat macam ni? Orang kata, takpela, kawan biar seribu...kalu dia sorang tak ingat kita, masih ada 999 lagi kawan kita kan?

So, kawan-kawan, hargailah kawan anda. Semua manusia di dunia ini memerlukan kawan. Tidak pernah kita jumpe manusia yang hidup takda kawan. Kalau dia duduk hutan pun dia masih berkawan....kawan dengan sapa? Dengan monyet lah agaknya hehehe

p/s: kawan bukan lawan

24 February 2009

Bila Angin Betiup

Tempat: Ofis
Cuaca: Redup
Just nak share sedikit apa yang aku duk baca time lunch tadik;

Tanamkan sendiri di hati bahawa, aku bagus, itu lebih baik daripada kita kata, aku tak bagus. Mengatakan aku bagus akan terus memacu kita pada kebagusan, mengatakan aku tak bagus akan terus memacu kita ke belakang pada kemunduran.

Ini bukan mengajar orang supaya riak, takbur, sombong, tapi inilah dia motivasi, iaitu oercaya diri, yakin diri, hormat dan hargai diri.

Kata-kata belum diucap adalah hak milik kita, tapi kata-kata telah diucap adalah milik orang lain.

Maka itu, jagalah lidah, awasilah bibir. Kata-kata yang melukakan kekal dalam ingatan orang sampai bila-bila. Majoriti manusia sensitif dengan perkataan, perasa dengan ayat. Majoriti manusia tak dapat terima kata-kata yang menghina, mengata, mengumpat, mengherdik, memarah. Semua kata-kata ini akan kekal dalam ingatan seseorang hingga dia mati. Maka, itu awasi lidah, awasi bibir, sebab kata-kata yang telah dilepaskan dan telah pun sampai ke telinga seseorang akan kekal dalam ingatan orang itu sampai bila-bila. Biarpun dibasuh dengan kemaafan, kadang-kadang ia tetap berbekas.


Bacaan lanjut, anda boleh dapatkan buku Dr. HM Tuah Iskandar Al-Haj yang bertajuk "Jangan Main-Main" di pasaran.

p/s: 'Sori naik lori' pulakk...

23 February 2009

Incik, Bagi Gula Sekilo!


Sedang syiok membaca paper semalam, terpandang satu berita yang cukup menyayat hati. Kecik jerk berita tuh. Tapi diletakkan diruangan atas sekali. Apa lagi kalu bukan pasal kes pelajar yang mati dibelasah gara² dek seorang perempuan. Korang boleh baca paper online kalu terlepas cerita pasal nih.

Dasyat kan penangan seorang wanita? Tapi kes² macam ni dah jadik macam satu trend. Kalau dah berebut perempuan tuh, penyelesaiannya mati kena belasah jerk. Macam yang berlaku kat Muar dulu. Semuanya gara-gara seorang wanita. Opsss...bukan nak salahkan wanita okeh! Ni sekadar pemandangan dan renungan bersama. No Offence :)

Kadang-kadang saya pelik tengok sikap sesetengah lelaki sekarang. Kenapa perlu berfikiran pendek? Kita dianugerahkan dengan 9 akal untuk berfikiran waras sebelum mengambil sesuatu tindakan. Jangan la cepat melatah bro. Dan kalu korang yang cepat sangat melatah, itu la akibatnya...kita dalam negara yang mempunyai undang². Kalau tak puas hati sangat, see u in court la! Ko bunuh orang, ko pun bakal kena 'bunuh' dek tali gantung. Nasib baik kita duk Malaysia, kalu duk negara lain sana, mau kena pancung terus!

Yang paling kasihan pulak bila jenayah macam ni dilakukan oleh pelajar sekolah. Apala nasib ko jang oii. Sekolah ntah kemana, ilmu ntah kemana. Orang lain duk sibuk ilmu dan kesenangan, ekau pulak duk bergaduh berebut perempuan! Owh, memang satu alasan yang tipikal dan tidak boleh diterima dek akal.

Kalu orang dah taknak tu, carila yang lain. Fakta menunjukkan perempuan lagi ramai kat Malaysia ni. Tak perlu nak risau.

Moral of the story, berfikirlah panjang sebelum membuat sesuatu keputusan. Kadang-kadang kita ni malas nak pikir panjang. Bila jadi macam ni kita tak dapat nak forsee apa kesan tindakan kita tuh. Tuhan anugerahkan akal dan fikiran pada kita untuk berfikir. Jangan la cepat sangat buat tindakan bodoh yang akhirnya menyusahkan diri sendiri dan keluarga kita sendiri!

p/s: Lu pikirlah sendiri!

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin