01 December 2008

Kelopakkkk...Jantung...Kelopakkk....

Salam Musim Cuti Sekolah!Apa yang sinonim dengan cuti sekolah? Hujan? Yang itu betul juga. Tapi perkara yang selalu ada ialah majlis perkahwinan.

Minggu lepas, pergi ke majlis perkahwinan membe sebilik masa kat uia dulu. Tak sangka, dunia ini kecil sahaja. Kalau dulu masa di kampus, kami duduk sebilik selama lebih kurang 2 semesta, kali ini bila dia kawin, kami duduk di dalam satu kawasan kejiranan yang sama! In fact, duduk berhadapan dengan blok aku lagi! Dan yang paling tak sangka, wife dia satu kerja dengan aku! Hahaha

Kita berjumpa lagi beb! So, dengan kesempatan ini dan aku kira masih belum terlambat lagi untuk mengucapkan Selamat Pengantin Baru Buat korang berdua; Rusdi dan Fara (^_^)

p/s: kalau nak lepak, meh datang umah aku hehehe

Oh ya, aku juga ingin mengucapkan tahniah kepada membe aku Akashah dengan pasangannya yang melangsungkan majlis pertunangan mereka minggu lepas! Selamat Bertunang!

p/s: aping kata "welkam to war zone" hehehe

23 November 2008

Ketak....ketuk...ketakk...

Salam Musim Hujan!


Tempat korang ujan? Air banjir naik ka? Time-time ujan nih, semangat nak keluar pun jadik down kan? Yela, nak keluar jerkk ujan, asal ujan jerkk nak keluar. Bukan nak menyalahkan hukum alam, dah nak ujan, pasrah jela.

Sejak tiga empat menjak ni mood nak mengadap komputer sama meng-update-kan blog terutamanya menjadi menurun. Tak tau naper, maybe faktor persekitaran mempengaruhi tindak tanduk seharian. Dekat ofis nak kata agak busy, tidak juga. Tapi tula, faktor persekitaran banyak menyumbangkan keadaan kemerosotan ini. Ditambah dengan teknologi yang 'agak kurang' di ofis dan faktor kerja, membuatkan aku malas nak menaip. Kalu buleh nak copy paste jerk. Bukan macam tu jer, rasanya macam nak tulis atas kertas A4 lepas tu aku scan lepas tu aku paste jerk tulisan tangan ni jadik posting. Abis citer.

Tapi ini bukan bermakna sudah malas nak menulis, menulis tetap akan menulis. Cumanya posting maybe akan lewat 3-4 hari. Kalu nak ikut, dalam draft posting ni ada banyak je posting yang aku 'berjaya' buat tapi separuh jalan! Camana tu?

Membe-membe ada gak tanya, cite la apa keje ko kat tempat baru, cite la itu, cite la ini, tapi ia tidak mudah disangka. Tula, dalam draf posting ni ada je aktiviti yg aku buat yang aku cuba nak citerkan, tapi cam biasa, stuckk di tengah jalan. Yaa, ampunn!

Buat geng-geng; syura, suzie, kak ik, zila, nadira, eedany, mas rahman, mebby, nad, tmkd dan yang lain yang aku tak sebut tu, terima kasih masih sudi menjadi pelawat blog yang tak seberapa ini. Terima kaish juga untuk komen-komen yang korang berikan. Sesungguhnya kadang-kadang aku lupe nak reply komen korang tu. Tak reply pun, aku tetap baca juga. Kadang-kadang tersenyum sendiri membaca komen-komen tu :)

Buat geng-geng lain dan sesapa yang melawat blog ini, terima kasih daun keladi :) nanti singgah lagi! Kita sembang-sembang sambil makan kuaci :)

Jumpe lagi!

p/s: pecah kaca pecah gelas

09 November 2008

Nehiii!!!

Tokyo Drift?

Macamana rasanya bila sesuatu barang yang kita suka dan sayang sangat-sangat tu rosak? Nak-nak pulak barang tu amat berharga dan mahal harganya. Apa perasaan korang?

Tapi macam gitu lah kisahnya. Orang kata ‘malang tidak berbau’.

Al-kisah....haritu hari sabtu bersamaan dengan 1 November 2008. Malam tu aku ada open house terakhir untuk bulan syawal nih. Janji dengan membe nak kuar lepas magrib. Maklumla umah membe tu kat Taman Melati sana. So, aku kenala kuar awal. Kalu kuar lewat, sure lewat sampainya. Lepas semayang magrib, aku tergesa-gesa kuar ke parking kete. Kebetulan aku memang parking kete kat parking bertingkat haritu. Aku park kat tingkat 3. Lepas amik kete, aku terus turun bawah, melalui tingkat demi tingkat. Oh ya, parking ni ada 4 tingkat. Kire buleh tahan tinggi gak la. Masa aku sampai tingkat 2 tu, ada satu van suda parking van dia betul-betul kat jalan nak turun bawah tu. Aku malas la nak tekan-tekan hon ni. Takkan tak Nampak-nampak kete aku yang berkilat tu nak lalu betui tak? So aku selumber jerk jalan. Aisey, kete tak lepas nak turun bawah. Bila van tu Nampak kete aku tak lepas, dia reverse skit. Buleh plak reverse dalam hati aku cakap. Aku nak stat naik hangin gak ni. Lepas tu aku turun agak laju. Saja nak tunjuk kemarahan aku kat dia. Lepas tu aku Nampak dia pun nak turun gak. Cissss!! Mengada betui la mamat tuh. Kalu nak turun, buat la cara nak turun. Jangan la nak blocking-blocking jalan nih. Sampai ke hujung tingkat 2 untuk ke tingkat 1, aku bawak kete agak laju. Maybe sebab tengah hot dan ditambah pulak tengah tergesa-gesa. Dan masa nak amik corner tu........zapppppppp!!!!!!.....aku dengar bunyi bergesel. Aku terus tekan brek. Tak sanggup nak melihat belakang dan membayangkan apa yang terjadi. Tapi ku kuatkan hati ini untuk terus membayangkan apa yang telah terjadi dan...........


Haaaa!!!!.....macam tu la keadaannya!! Uwaaaaaa!!!!!! Panjang siuttttttt!! Masa isi minyak aku piker balik napela aku bawak kete macam tu tadik. Tak pasal-pasal kete aku yang dapat akibatnya. Sorila kete, aku tak sengaja la.....

Esoknya aku beli wax 99 tu. Kununnya nak cover balik la kesan calar tu. Tapi aku tengok kesan calar tu agak dalam dan lukanya bagaikan kulit yang dihiris kasar. Pedih lagi pilu. Ciannnn kete akuu..

Rasanya nak balik muar gak la nanti nak cari kedai kete yang buleh tutup balik kesan calar tu. Nak buat kat KL ni malas. Sure kena hentam gegiler nya.

Moral of the story, janganla bawak kete sewaktu anda sedang marah dan sewaktu dengannya. Kalu tetiba anda marah masa tengah bawak kete, cuba tarik nafas panjang-panjang dan kuatkan ekon kete. Cuba buke radio dan cari lagu-lagu yang tenang. Kalu tak dapat gak, baik stop kat memana dan keluar dari kete. Amik angin kejap. Jangan teruskan memandu dalam keadaan macam tu. Mana tau malang tak berbau.

Nak drive kete ni kena banyak bersabar. Kadang-kadang bila kita bawak berhati-hati ada orang tetiba provoke kita. Macam cucuk kete kita rapat-rapatla, memotong secara melulu la etc. Jangan diikutkan hati sangat. Memula memangla susah nak control bila kena macam tu. Tapi kalu kita cool jerk dan bertenang, sure sume tu tak jadi masalah. Fikirlah dengan positif. Maybe mamat dalan kete tu jeles tengok kete korang berkilat sangat tu yang dia cucuk rapat tu. Tak pun kucing dia nak deliver sebab tu dia bawak kete macam lipas kudung. Kalu korang layankan gak kemarahan korang tu, sendiri tanggungla akibatnya.

Berhati-hati ketika memandu dan ingatlah orang yang tersayang!


p/s: i lap u kete isk3

Bahasa Oh Bahasa!

Satu...Dua...Tiga...lekuk!

Dua hari aku berada di Putrajaya menghadiri mesyuarat di sebuah Kementerian di sini. Bila dah pergi meeting ni, maksudnya tak payah pegi ofis la hehehe. Tak pegi ofis bukan bermakna takda keje. Kat sana pun buat keje gak apa. Meeting ni lebih kepada bengkel pada aku. Ada 2-3 orang bentangkan kertas keje yang diorang buat. So kitorang berbincangla untuk penambahbaikan.

Tapi bukan itu yang aku nak cite sebenarnya. Masa meeting tu memangla lama. So kalu dah ngantuk sama busan-busan tu aku ada gak keluar dari dewan meeting tu untuk ke toilet. Masa nak ke toilet tu la aku jumpe signbod ni; cuba korang tengok...

Lubung Paip?! Erkkkk!! Apakebendanye tuh? Puas aku berfikir. Siap berhenti kejap dalam 1 minit melihat apa sebenarnya yang ada di sebalik pintu tu. Aku nak try bukak, tapi tak berani la. Kang orang kata aku ‘jakun’ sangat plak. So, dari segi literalnya dan melihat keadaan sekeliling tempat tu, aku yakin ‘Lubung Paip’ itu adalah sebenarnya lubang paip atau dalam bahasa yang lebih sedap, salur paip. Betui tak? Kenapa la nak gunakan perkataan pelik-pelik macam tu. Ada ke perkataan lubung tu? Nape tak gunakan salur jerk? Dahla kat situ ada ditempatkan Bahagian Antarabangsa ******. Kalu orang asing dating sure tertanya-tanya. Apa kobondo tu? Heheheh senyum sendiri aku. Manala diorang dapat perkataan tu agaknya. Apapun, Bahasa Jiwa Bangsa.


p/s: kalau bulan bisa ngomong

05 November 2008

Obama vs Mc Cain

Baca kat yahoo tadik..

Obama becomes first black president in landslide

WASHINGTON – Barack Obama swept to victory as the nation's first black president Tuesday night in an electoral college landslide that overcame racial barriers as old as America itself.

The son of a black father from Kenya and a white mother from Kansas, the Democratic senator from Illinois sealed his historic triumph by defeating Republican Sen. John McCain in a string of wins in hard-fought battleground statesOhio, Florida, Virginia and Iowa.

A huge crowd in Grant Park in Obama's home town of Chicago erupted in jubilation at the news of his victory. Some wept.

McCain called his former rival to concede defeat — and the end of his own 10-year quest for the White House. "The American people have spoken, and spoken clearly," McCain told disappointed supporters in Arizona.

Obama and his running mate, Sen. Joseph Biden of Delaware, will take their oaths of office as president and vice president on Jan. 20, 2009.

As the 44th president, Obama will move into the Oval Office as leader of a country that is almost certainly in recession, and fighting two long wars, one in Iraq, the other in Afghanistan.

The popular vote was close, but not the count in the Electoral College, where it mattered most.

There, Obama's audacious decision to contest McCain in states that hadn't gone Democratic in years paid rich dividends.

Obama has said his first order of presidential business will be to tackle the economy. He has also pledged to withdraw most U.S. combat troops from Iraq within 16 months.

Fellow Democrats rode his coattails to larger majorities in both houses of Congress. They defeated incumbent Republicans and won open seats by turn.

The 47-year-old Illinois senator was little known just four years ago. A widely praised speech at the Democratic National Convention, delivered when he was merely a candidate for the Senate, changed that.

Overnight he became a sought-after surrogate campaigner, and he had scarcely settled into his Senate seat when he began preparing for his run for the White House.

A survey of voters leaving polling places on Tuesday showed the economy was by far the top Election Day issue. Six in 10 voters said so, and none of the other top issues — energy, Iraq, terrorism and health care — was picked by more than one in 10.

"May God bless whoever wins tonight," President Bush told dinner guests at the White House, where his tenure runs out on Jan. 20.

The Democratic leaders of Congress celebrated in Washington.

"It is not a mandate for a party or ideology but a mandate for change," said Senate Majority leader Harry Reid of Nevada.

Said Speaker Nancy Pelosi of California: "Tonight the American people have called for a new direction. They have called for change in America."

Shortly after 11 p.m. in the East, The Associated Press count showed Obama with 338 electoral votes, well over the 270 needed for victory. McCain had 127 after winning states that comprised the normal Republican base.

The nationwide popular vote was remarkably close. Totals from 58 percent of the nation's precincts showed Obama with 51 percent and McCain with 47.9.

Interviews with voters suggested that almost six in 10 women were backing Obama nationwide, while men leaned his way by a narrow margin. Just over half of whites supported McCain, giving him a slim advantage in a group that Bush carried overwhelmingly in 2004.

The results of the AP survey were based on a preliminary partial sample of nearly 10,000 voters in Election Day polls and in telephone interviews over the past week for early voters.

Democrats also acclaimed Senate successes by former Gov. Mark Warner in Virginia, Rep. Tom Udall in New Mexico and Rep. Mark Udall in Colorado. All won seats left open by Republican retirements.

In New Hampshire, former Gov. Jeanne Shaheen defeated Republican Sen. John Sununu in a rematch of their 2002 race, and Sen. Elizabeth Dole fell to Democrat Kay Hagan in North Carolina.

Democrats also looked for gains in the House. They defeated Republican incumbents Rep. Tom Feeney and Ric Keller in Florida, 22-year veteran Chris Shays in Connecticut and Rep. Robin Hayes in North Carolina.

At least two Democrats lost their seats. Rep. Kevin Mahoney fell after admitting to two extramarital affairs while serving his first term in Florida. In Louisiana, Democratic Rep. Don Cazayoux lost the seat he had won in a special election six months ago.

The resurgent Democrats also elected a governor in one of the nation's traditional bellwether states when Missouri Attorney General Jay Nixon won his race.

The White House was the main prize of the night on which 35 Senate seats and all 435 House seats were at stake. A dozen states elected governors, and ballots across the country were dotted with issues ranging from taxes to gay rights.

An estimated 187 million voters were registered, and in an indication of interest in the battle for the White House, 40 million or so had already voted as Election Day dawned.

Obama sought election as one of the youngest presidents, and one of the least experienced in national political affairs.

That wasn't what set the Illinois senator apart, though — neither from his rivals nor from the other men who had served as president since the nation's founding more than two centuries ago. A black man, he confronted a previously unbreakable barrier as he campaigned on twin themes of change and hope in uncertain times.

McCain, a prisoner of war during Vietnam, a generation older than his rival at 72, was making his second try for the White House, following his defeat in the battle for the GOP nomination in 2000.

A conservative, he stressed his maverick's streak. And although a Republican, he did what he could to separate himself from an unpopular president.

For the most part, the two presidential candidates and their running mates, Biden and Republican Gov. Sarah Palin of Alaska, spent weeks campaigning in states that went for Bush four years ago.

McCain and Obama each won contested nominations — the Democrat outdistancing former first lady Hillary Rodham Clinton — and promptly set out to claim the mantle of change.

Obama won Colorado, Nevada, California, Hawaii, Oregon, Washington, Florida, Virginia, New Mexico, Iowa, Ohio, Wisconsin, Michigan, New York, Rhode Island, Minnesota, Pennsylvania, New Hampshire, Vermont, Connecticut, Delaware, Illinois, Maine, Massachusetts, Maryland and New Jersey, as well as the District of Columbia.

McCain had Nebraska, Idaho, Mississippi, Texas, West Virginia, Utah, Arkansas, Kansas, Kentucky, Tennessee, Oklahoma, Wyoming, Alabama, South Carolina, Louisiana, South Dakota and North Dakota.

p/s: 'CHANGE'?

03 November 2008

Apa Cite Menarik Kat TV?

Heroes Season 3


Yatttaaaa! Sapa tengok cite ni? Angkat kaki! Ahahaha. Giler ah, adake nak kena angkat kaki. baik angkat kening jerkk kan heheh.

Aku pun terminat citer ni secara tak sengaja sejak beberapa tahun lalu, dan aku juga siap donlod dari torrent dan burn tiap-tiap episod dalam cd. Buleh layan kalu busan-busan k at umah. Kirenya ramai gak la peminat dari seluruh dunia tertunggu-tunggu season baru citer Heroes ni. Pada mulanya aku pun bukan minat sangat...aku bajet cite ni mesti macam smallville tuh. Tapi bila dah layan 2-3 episod, rasa syiokk plak. Trus donlod lagi beberapa episod. Lepas tu terus donlod satu season sekali gus! Ahahaha.

Lepas abis season 1, terus aku search lagi kat internet untuk season 2. Dan tak lama lepas tu season 2 plak keluar. Oleh kerna umah ku tiada astro, so aku donlod season 2 tu sekali gus! Kalu korang baru merangkak-rangkak nak tengok episod 1, lepas tu 2, lepas tu 3, aku siap dah tengok abis pun :p

Kalu kat astro la ni, tengah ada marathon Heroes dari season 1 sampai 2 kat channel starworld. Dijangka tayangan rasmi season 3 adalah pada 6hb November ni bersamaan hari khamis. Aku pernah baca satu forum, peminat citer heroes ni memang la ramai! Dan sebagai buktinya, tatkala aku tengah mendonlod cite ni dari internet menggunakan torrent, ada sekurang-kurangnya 4 hingga 5 ribu seeders dan peers! Giler ah ramai! Satu episod dalam 350mb, dan kalu donlod buleh siap dalam sehari. Tapi....ada tapi beb! Macam biasala, walaupun seeders ramai, tapi aku tengok kat torrent aku, donlod speed dia paling tinggi pun 3okb/s. Kadang-kadang cuma 5kb/s. Kalu satu episod mau 2-3 hari baru siap. La ni kat internet ada episod 1 sampai 7 untuk season 3! Dan aku tengah mendonlodnya! Ahahahah. Dijangka pada weekend ni aku dah buleh layan citer ni sampai episod 7! dan bersedia untuk mendonlod episod berikutnya! Tima kasih kepada eztv (www.eztv.com) :)

So, kalu sesapa yang guna streamyx tu, korang donlod jela kat internet. Cepat dan mudah :)

Sekian saja laporan saya dari Kelana Jaya hehehe.

p/s: aku biasa donlod cerita dari [SINI]
p/s: bersedia untuk bil api melambung!



27 October 2008

Jom Jalan-Jalan!

Tanjung Emas, Muar


Giler ah! dah seminggu posting dalam bentuk draft. Buat separuh jalan, stop. Buat separuh jalan je, stop. Bila nak posting pun tak tau. Mana taknya, bila nak start taip jerk, line internet macam kuda, eh silap, macam siput. Bila kena macam tu, terus takda mood nak taip. Ditambah lagi dengan CPU aku yang tetiba buat hal. Langsung tak buleh detect USB. Abis modem celcom tu nak cucuk kat mana? Takkan nak cucuk kat idung plak. Adessss!

Dekat ofis plak, internet on-off. Tak tau nape. Asal dc jerkk puas aku menggoyangkan kabel modem tu dengan harapan line kembali ada. Bila dah geram sangat, aku tarik jerkk wayar tu dari cpu sampai tercabut. Ada sekali tu siap patah klip kat wayar tuh! Adusss!! harta kerajaan tuh! Jangan bagitau sesapa ek :p hehehehe

Dah, back to the main road!


Orang Muar tenti tau Tanjung Emas ni kan? Kawasan rekrasi yang agak glamor kat muar selepas Tanjung Ketapang. Tanjung Ketapang tu tapak perkhemahan dulunya sama aktiviti melihat monyet. Betuiii...punya la jinak monyet kat situ. Sapa yang pegi hari-hari, sure monyet tu kenai korang. Selain tu tempat tu amat menarik kalu nak jog ke apa ke. Yela, tepi tu ada sungai muar. Kalu agak-agak nak mandi sungai muar pun buleh! tapi takat ni takda dibuat orang la hahaha. Kalu orang tak tau jerkk yang kununnya hulur-hulurkan kaki main air sungai tu. Tapi bagi yang tau, tak sanggup nak hulur kaki dalam tuh! Serius, bukan tak bersih...tapi tak berapa bersih. Ada banyak obor-obor juge. So, berhati-hati la ek.

Ok, kembali ke tanjung emas. Pada harini, 01/11/2008 sampai 02/11/2008, ada program sua rasa tv9 kat sana. So, bagi yang sempat, jalan-jalanla ke muar ek. (menyampah pulak aku tengok iklan sua rasa yang ada nabil promotekan acara tu kat muar. Asyik nak cakap 'ek' 'ek' jerkk. Ko ingat sume orang muo asyik cakap macam tu jeke? baru nak jejakkan kaki kat muo dah nak buat lawak terlebih) Opsss...ada peminat mamat tu ke? sori la. Lu pikir la sendiri!

Kembali lagi, kat tanjung emas tu gak ada satu perkhidmatan menyusuri sungai muar dengan bot. Amat menarik. Kadang-kadang orang muar sendiri pun tak penah naik (Aku la tu). Sejak keje dah nak dekat 3 tahun kat muar, tak penah nya aku naik. Sebab pada aku macam biasa jerkk. Hari-hari naik kete lalu jambatan muar, so nak naik bot nape plak kan.

Tapi haritu ntah camana, aku terpikir nak rasa naik bot tu menyusuri sungai muar. Biasa naik kete jerkk, mana thrill. So, nak tuka pemandangan pulak hehehe. Aku lupe pulak perkhidmatan ni dari kul berapa ke pukul berapa, tapi kalu korang tengok jeti tanjung emas tu ada bot dan ada orang yang jaga kaunter kat situ, korang pegi jela. Tiket untuk dewasa RM10.00 dan kanak-kanak ialah RM5.00. Mahal ke? Pada aku berbaloi la selepas naik. Memangla sebelum ni aku rasa macam mahal. Tapi lepas korang dah naik, korang akan rasa berbaloi. Masa yang diambil adalah selama lebih kurang 45 minit menyusuri sungai muar dari jeti tanjung emas tu hingga ke jambatan kedua sungaai muar. Dari situ korang buleh nampak masjid jamek muar, masjid jamek kedua muar, istana hinggap sultan johor, bangunan sultan abu bakar, dan seterusnya melalui jambatan pertama sungai muar hingga ke jambatan kedua. Korang akan melalui juga stesen bas muar-batu pahat yang baru, parking bot jabatan imigresen, kastam, dan nelayan. Kalu bernasib baik buleh jumpe orang yang sedang mencari kupang di sekitar sungai muar tu. Korang juga akan melalui kawasan medan ikan bakar sabak awor yang baru. Walaupun aku cakap bot ni sampai ke jambatan kedua, tapi hakikatnya bot ni takla pusing betul-betul kat bawah jambatan kedua tu. Bot akan berpusing sebelum jambatan kedua tu. Tapi buleh nampak la jambatan kedua tu.Memang menarik. Tapi sayang nya masa aku naik tu air tak pasang sangat. So, air sungai muar agak kotor. Ditambah dengan hujan yang tak berhenti-henti sejak beberapa haritu, menambahkan lagi kepekatan air sungai muar tu. Tapi bila air pasang, air dia agak bersih dan kebiru-biruan. Sampai aku terpikir diorang ni letak pewarna ke apa dalam sungai ni sampai air jadi kaler biru hahahaha.

BTW, cakap saja tak guna kan. Ni aku share beberapa gambar untuk tatapan sume. Enjoy!


Alamak, aku lupe nama tempat ni, kalu tak silap Medan Selera Maharani. Kat sini ada kedai yang jual mee bandung yang sedap kat muar (orang kata la heheh)


Ni jambatan kedua muar, bukan jambatan pulau pinang atau jambatan kabel kat sunway tuh okeh


Masjid Jamek Muar atau masjid pertama di muar


Ni Masjid Kedua Muar. Oleh kerana masjid ni dipisahkan oleh sungai, maka ada dua masjid yang saling mengadap.


Bawah jambatan pertama sungai muar


Bangunan Sultan Abu Bakar. Antara bangunan lama di muar. Kat sini ada Pejabat Tanah, JPN (dulula sebelum berpindah ke Bakri, KEMAS (tak pasti ada lagi ke tak) dan Jabatan Perhutanan

Astaka Tanjung Emas

Istana Hinggap Sultan Johor. Biasanya kalu ada event, sultan dan kerabatnya akan singgah disini. Errr..bukan banglo ye, istana tu. Kalu lalu depan, siap ada pos pengawal lagi. Dekat istana tu siap ada parking helikopter lagi.

Next time nak pegi Sabar Awor plak! Tunggu!

p/s: Muar? Muo la. Bandar? Bando ;)


LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin