11 September 2008

Bila Ayam Berkokok

Gud Morning!

Biasanya sebelum aku pergi kerja pagi-pagi bute ni, aku akan terserempak dengan 2 orang pakcik yang kerjanya mengutip tin-tin dan botol-botol serta besi dan barang² lain yang sudah tidak digunakan lagi kat area perumahan aku ni. Minta maap!.... bukan tujuan nak merendahkan nilai sesama manusia tetapi apa yang aku nak citekan ialah motivasi yang terdapat dalam pekerjaan yang mereka lakukan. Aik, kerja kutip sampah pun ada motivasi? haaa...ingat apa? sume keja yang kita buat ada motivasi. Cume sendiri kena cari la.

Al-kisah..

Biasanya mereka berdua ni sebelum subuh lagi sudah merayau-rayau dari satu rumah ke satu rumah. Aku tak pasti plak mereka duduk kat mana. Pagi semalam lepas subuh lebih kurang dalam kul 6.05 pagi (waktu jam tangan aku) aku terserempak dengan salah sorang pakcik ni. Aku tengok jela dia sambil senyum. Mana tau kot² dia tengok aku balik dan buleh balas senyuman ku ini (hehehe). Tapi takda respon. Takpela.Maybe dia taknak di ganggu. Tiba-tiba lalu sekumpulan kanak² yang baru lepas semayang subuh kat surau berhampiran. Bila sampai jerkk kat tempat pakcik tu tadik, salah seorang dari mereka telah berkata dengan nada mengejek telah berkata, "Zaman dah berubah,dunia dah maju" diikuti gelak tawa yang lain. Aku terkedu kejap.

Pakcik tadi takda respon. Dia asyik mencari dan lepas tu blah. Aku tau la tu tagline sebuah iklan kat tv. Tapi pada aku tak patutla budak tu cakap macam tu. Apa maksud diorang tu? Nak cakap yang walaupun negara dah maju masih ada lagi yang duk kutip botol² dan tin untuk mencari rezeki? Nak cakap yang diorang dah maju sampai tak perlu rasa susah untuk mencari duit?

Aku tau kat situ ramai anak orang berada. Sebab tu mereka ni takda feel atau rasa macamana susahnya nak mencari duit. Yela, jenis yang "Mak, nak duit", "Abah nak duit", parent buke wallet, bagi terus. Mana ada rasa susah macam tu. Semua dah ada kat depan mata. Tambahan pulak bila budak yang cakap macam tu kat seorang tua, nampak sangat kurang ajarnya. Oit budak, ko belum makan garam jangan nak cakap banyakla. Ada yang kena sumbat dengan garam kasar dalam mulut tu kang!

Hargailah kerja yang dilakukan seseorang, selagi kerja tu halal. Jangan pulak ko bagi moral support kat pencuri yang masuk umah jiran ko! Salah dah tu!

Kadang-kadang kita kena banyak memuhasabahkan diri terutama dalam bulan posa ni. Ingatla....kalu kita makan sampai tak ingat dunia tu ada orang pulak yang belum tentu dapat makan walaupun sebiji kurma. Kalu kita kata kita susah, ada lagi orang yang lebih susah kat Malaysia ni!

Begitu juga dengan pekerjaan yang mereka lakukan. Tak salah kan diorang amik tin² sama botol kosong tu? Mana tau dapat jugakdiorang beli lauk untuk berbuka nanti. Tapi kalu diorang pegi beli rokok lepas tu aku no komen la. Opsss!! mintak maap para perokok. Bukan nak mengata korang. Ni aku cakap orang dari planet lain. Sapa kata kat planet lain makhluk tu tak merokok? Dah pergi tengok? Hehehe

Moral of the story, yang muda kenala respek pada orang tua. Jangan kurang ajar dengan diorang. Kita pun tak tau apa dalam hati mereka. Kadang² kita kenala 'bona fide' skit. Nanti korang tak jadi tua gak ke? Hah, lu pikirla sendiri!

p/s: angguk-angguk, geleng-geleng


09 September 2008

Selamat Datang Ke Dunia Baru!

Tahniah Kawan!Ini bukan pasal citer angkasa lepas tau. Tapi citer tentang kelahiran. Tengah duduk mengelamun tadi dapat mesej dari membe baik sekampung dulu...

aslm...pd pukul 1240 am 09 sept isteri aku tlh selamat melahirkan baby girl di hospital putrajaya..

Tahniah beb! Dah jadi seorang ayah rupanya. Aku harap baby korang sihat² sahaja. Didiklah dia dengan ilmu yang berguna agar menjadi insan yang berguna untuk bangsa, agama dan negara. Pepatah mengatakan;

PEMUDA HARAPAN BANGSA, PEMUDI TIANG NEGARA

Sekali lagi tahniah buat Suhaimi Masah dan wife (errr..aku lupa la nama wife ko hehehe) serta baby!

Selamat datang ke dunia baru!

p/s: Syukur Alhamdulillah...

08 September 2008

Ramadhan Menjerit? ...

Giler-Giler Remaja

Satu pagi sabtu lebih kurang jam 3.00 pagi tidurku dikejutkan dengan bunyi dentuman yang kuat dari lorong kat depan flat aku duduk ni. Bergegas aku bangun…mana tau ada UFO jatuh ke apa ke buleh gak aku dapat superpower free hehehe. Sekali aku tengok ada satu kereta sudah langgar satu kereta lain dan dibelakang nya pula ada sebuah kereta peronda polis. Aku hanya sempat mendengar “Kejar semua!!” dan aku melihat beberapa batang tubuh berlari lintang pukang dikejar oleh polis berpakain biasa. Makk aaii!! Tengah shooting drama ke apa ni? Apa yang aku dapat lihat, pemandu kereta tersebut berjaya ditangkap dan konco-konco dia yang lain sudah berjaya menghaibkan diri! Dari apa yang aku dengar dan dari teori taakulan aku bersama membe serumah, budak tu cuba lari dari dikejar polis, dan dia masuk dalam lorong taman aku tu untuk melarikan diri tetapi kereta yang dia bawak terbabas dan melanggar kereta-kereta penduduk yang di parking di tepi jalan. Macam tu kot citenya hehehe.

Tapi moral yang aku nak bgtau ialah, masih ada lagi remaja melayu kita KHUSUSNYA yang gagal menghayati fadilah ramadhan ini. Aku bukan nak bagi tazkirah tapi sekadar mengingatkan sesama kita. Aku jua insan biasa, tak lari dari melakukan kesalahan.

Tapi tindakan remaja tadi memang memalukan kita. Dahla kereta yang ko langgar tu orang bukan melayu yang punya, lepas tu ko juga di tangkap di kawasan yang majoritinya duduk lorong tu ialah orang bukan melayu! Sapa yang malu? Ko dengan keluarga ko la kan. Tak buleh ke ko duduk diam-diam atas tembok sambil main gitar ke, main kejar-kejar ke apa ke? Nasib baik ada polis time tu, kalu tak aku rasa mau ‘lunyai’ ko kena belasah!

Ingatlah kawan, kalu nak buat satu benda tu pikir banyak kali. Kalu ko ada plan macam Ocean 11, Italian Job ke tak pe gak. Ni nak main sondol jerk macam b*b*. Sapa yang susah nanti?

Hidup remaja memang seronok. Yes! Time-time macam ni la remaja baru nak mengenal erti kehidupan sebenar. Kalu buleh sume benda nak cube! Awas monyet….jangan sampai termakan cili! Oppsss!! Bukan korangla, orang lain.

Dalam hal macam ni nak taknak aku kena sentuh gak perihal famili. Yela,dah anak awak kuar tengah-tengah pagi. Salah sapa tu? Nak kata pergi bersahur, awal la sangat. Dressing plak tak macam nak lepak kedai mamak pun. Tu yang muskil. Terjerit-jerit seorang jiran memaki hamun budak tu sama dia punya famili! Gara-gara hampir melanggar dia. Tapi tak kena la. Cuma jiran ni agak ‘over’ skit masa tu. Tengok…mak bapak ko gak yang dipersalahkan. Bila tanya mak bapak, “Eh, saya tak tau pun anak saya keluar malam”. So, camana tu?

Aku pun sudah menjangka nasib budak tu kat balai nanti. Dengan geng yang terlepas lari mau ‘dipaksa’ untuk memberitahu lokasi geng dia. Yela, takkan ko sorang je yang kena. Tak aci la kan. Sume kena baru fair and square.

Hidup hanya sekali. Manfaatkan ia sebaik mungkin.

p/s: sahur sambil makan kurma

Bila Pena Menari ...

Salam ceria!

Ahhh…sejak dua menjak ni lambat sikit nak update blog ni. Maybe hambatan kerjaya salah satu faktor menslowkan aktiviti blog ni. Waicehhhh…macam keje menteri jerk. Punyala bz! Hehehe.


Kerja di tempat baru memberi suasana yang baru. Mungkin inilah yang akuuu harapkan selama ini. Sesuai dengan bidang yang akuuuu amik, kerjaya baru ini merupakan satu cabaran yang sangat besar dalam hidup aku. Buat pertama kalinya aku nampak hala tuju kerjaya aku disini. Perghhh…macam sebelum ni keje tak besh je kan? Heheh. Maybe pendedahan disini membuatkan aku berfikir. Kerja gomen bukan seperti yang kita tengok dalam tv tu. Kerja gomen juga ada yang mencabar. Tambahan pula disini didedahkan bahawa kerja yang aku dapat mempunyai peluang kerjaya yang lebih meluas dari apa yang dijangkakan! Mana tau satu hari nanti aku mengetuai cawangan aku kemudian bahagian, jabatan, dan seterusnya pasukan ini! Sapa tahu kan? Aminn..


Bila berbicara soal kerjaya ramai graduan seperti kita masih merungut sebab belum mempunyai kerjaya tetap atau kerjaya yang kita impikan. Dimana silapnya? Kita tahu, setiap tahun beribu graduan keluar dari universiti. Masing-masing mengimpikan kerjaya yang sesuai dengan bidang masing² dan mendapat gajiii yang setimpal dengan kelulusan sendiri. Tapi ramai juga yang lebih kepada menjadi Mat Jenin yang memanjat pokok kelapa sambil mengimpikan bintang untuk jatuh ke tanah!


Tak salah nak jadi Mat Jenin beb, tapi usaha kena ada! Bukan berfikir kosong semata-mata. Teringat sewaktu menjadi fasilitator disebuah sekolah rendah di kawasan aku. Ketika diberi tugasan untuk menulis cita-cita sendiri ada seorang pelajar yang agak ‘terjal’ menulis bahawa dia ingin menjadi seorang perompak! Kisah benar lagi benar. Bila disuruh bercerita kenapa mahu menjadi perompak dihadapan kawan-kawannya, dia berkata jadi perompak ni best sebab ada pistol dan banyak duit! Mak aii…pemikiran yang telah melampui umur dia ni. Bila disoal selidik tentang famili, baru kita tahu kenapa dia mahu menjadi begitu.



Salah ke dia nak jadi perompak? Moralnya salah. Tapi pada dia betui. Sudah tentu dia akan berusaha untuk menjadi perompak yang berjaya satu hari nanti kan? Aminnn…eh aminn plak! Kita kenala bantu beliau. Mana tau daripada menjadi seorang perompak yang berjaya kita boleh buat dia menjadi seorang arkitek yang berjaya! Haaa..baru cantek!


Mencari kerja yang setimpal atau sepadan dengan kelulusan kita memang susah, pada masa ni. Kalu tak caya, try la. Berapa ramai graduan kita yang bekerja bukan bersandarkan pada kelulusan masing-masing? Ada pulak yang bekerja guna SPM jerk walaupun ada degree! Tengok tu…betapa susahnya kita nak cari kerja. Kalu orang kata ulat dalam batu pun buleh hidup apa kata korang tanya ulat tu, macamana dia buleh hidup dalam batu. Kita manusia takkan nak hidup dalam batu pulak kan? Adessss.


Kesimpulan ceritanya, dalam mencari pekerjaan usaha yang tidak mengenal jemu mesti ada. Tak salah kalu kita kerja sementara dulu daripada duduk umah menbazirkan boreh jerr orang kata. Tak salah kan mencari rezeki yang halal? Aku dulu pun pernah kerja kat cyber café kat sebuah pekan nih sebelum dapat kerja yang sepadan dengan kelulusan aku. Tak salah pun kan? At least dapat pengalaman sama dapat duit kocek skit.


p/s: selamat berposa

02 September 2008

Ramadhan Al-Mubarak

Salam RamadhanDiam tak diam sudah 2 ramadhan. Maknanya sudah 2 hari kita posa. So, apa khabar orang berposa? Cergas? Aktif? Pasif? Mata tak buleh buke? Hehehe

Dalam bulan posa ni la macam-macam ragam dan gelagat yang kita akan jumpe. Membe yang dulu kita tengok sihat walafiat tetiba dalam bulan posa ni jadi tak sihat! Aik...hairan bin ajaib. Bagi yang 1st time posa, tahniah! Teruskan usaha anda! Sapa kata posa buleh buat kita mati? Posa akan membuat kita bertambah sihat lagi ada! Ini kajian saintifik. Korang buleh cek sendiri.

Dalam bulan posa ni gak kita akan lihat deretan bazara ramadhan yang tumbuh bagai cendawan. Orang kata rezki ramadhan ni banyak...kalu korang jual air pun sure untung berlipat ganda! betuiii...tak caya masih sempat jual lagi. Oppss..lesen dah takda camana? ala...tumpang la gerai membe² kan buleh :)

Bulan posa ini juga melatih kita untuk berjimat cermat. Jangan beli juadah berbuka di luar kemampuan perut kita. Amboi kakk, abang...sampai penuh tangan beli kuih, air, etc². Sapa nak makan tu? Last² di buang je nanti. Udah membazir namanya! Membazir itu sahabat sapa ye adik²? Haa....betui...sahabat syaitan! So, jangan la kita membazir okeh! Beli sekadar yang mampu. Nafsu memang akan suruh kita beli banyak², tapi nanti nak makannye entah bila. Kucing tengok pun tak lalu tau.

Bercakap tentang bulan posa juga, orang akan cakap kita tak payah takut sebab syaitan dah kena ikat. Tapi kenapa masih ada kes² rompakan la, kecurian la itu la ini la? bukan syaitan dah takda ke? Aku ada terdengar ceramah itu hati kat masjid. Ustaz tu kata memang syaitan dah kena ikat, tapi cebisan² kejahatan itu masih ada pada nafsu. Maklumla, 11 bulan syaitan duduk berdampingan kita dan 1 bulan je syaitan takda, so kesan@effect kejahatan syaitan tu tetap ada! Haaa...macam tu rupanya. Walaupun dah takda syaitan bertanduk, tapi masih ada syaitan berambut hitam diluar sana! Awas! Yaaa Ampunnn...bukan nak kata abang² sama akak², tapi kata kat orang yang buat jahat tu. Kita baik² mana ada b uat jahat kan? kan? Bagus :)

Orait, peluang yang ada ini aku ingin mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan kepada semua Muslim di dalam dan luar negara! Semoga Ramadhan kali ini dapat memberi yang lebih baik dariapda tahun sebelumnya!

p/s: jangan membazir....ada orang kat luar sana yang tak dapat makan bulan posa ni....

27 August 2008

Salam Ceria!

Apa kabar kawan? Apa kabar warga kerja? Apa kabar warga tak kerja? Apa kabar orang yang lalu-lalang kat blog aku? Hehehe

Salam pembuka bicara.

Agak lama tidak meng'update'kan diri kat blog ni. Sampai kata seorang membe, dah bersarang blog ni! Bersarang tu macam umah kosong yang dah lama kena tinggal la...penuh dengan labah² sama cicak. Eh...cicak pun ada?

Seperti ada yang dah tahu dan yang tidak tahu, aku la ni sudah tidak bekerja di Amanah Raya lagi. Bukan tidak bagus kerja di ARB, tetapi mendapat peluang yang lebih baik yang pada perkiraan matematik aku agak stabil serta menjanjikan masa depan kerjaya aku yang cerah. Sapa taknak bila tiba² kita diberi permata betul tak? Walaupun dalam tangan sudah ada emas, tetapi sudah tentu kita akan memilih yang terbaik. Maybe ada orang akan cakap rugi aku tinggalkan ARB, tapi aku rasa pilihan aku tepat, InsyaAllah.

Cabaran merupakan satu faktor yang menarik minat aku dalam bekerjaya. Dengan adanya cabaran, kita akan menjadi lebih bermotivasi dalam kerja kita. Sejak bekursus seminggu lalu di sebuah akademi di Melaka, aku yakin aku pasti dapat menyumbangkan sesuatu. Dalam bekerjaya juga, kita kena sentiasa fikir....apa yang kita dapat sumbangkan pada jabatan/syarikat/firma yang kita join tu, bukan apa yang jabatan/syarikat/firma tu yang akan menyumbangkan pada kita. Kalau bekerja semata-mata mahu mendapatkan kekayaan dengan jalan yang mudah tanpa menyumbangkan apa-apa, itu sangat merugikan diri kita sendiri.

Sentiasa memotivasikan diri dalam bekerjaya. Kita kadang² lupa, masih ramai graduan yang menganggur di luar sana yang sedang berusaha mencari pekerjaan. So, bila dah dapat kerja, kenala berusaha, betul tak?

Aku akan update lagi apa yang dah berlaku semasa aku bekursus di Melaka haritu. Banyak sungguh motivasi yang aku dapat!

Sampai ketemu lagi!

p/s: Sorila, masih belum dapat bilik kat ofis baru, masih melepak dalam bilik meeting menantikan arahan penempatan dari ibu pejabat adesss!






13 August 2008

Panggilan Pulau ...

Teluk Dalam Resort, Pulau Pangkor

Sekali lagi berjalan ke pulau. Kali ni kembali lagi ke Pulau Pangkor :) Kalau dulu hanya pergi ke Pangkor ketika 'island hoping' dari Damai Laut kali ini aku pegi lagi untuk program lain anjuran Information System Department (ISD), Panasonic Device (PEDMA) Shah Alam. Bukan pergi suka-suki, tapi pergi untuk program staff day (ehhhh...? aku pun dah jadi staff kat ISD ke? ekekeke). Pergi atas jemputan Cik Asyura :) Terima kasih kepada pihak penaja kerana sudi menaja perjalanan kali ini :)

Kami bertolak dari PEDMA dalam jam 7.15 pagi. Mula-mula dijangkakan hanya ada 3 kereta yang mahu berkonvoi tapi last minit ada 4 kereta termasuk aku. Baru meriah sikit. Yang lain di fahamkan sudah pergi bersama keluarga masing-masing . Yang tinggal hanya yang muda-muda ni jela hehehe. Kami memutuskan untuk menggunakan jalan dalam (Meru-Kuala Selangor-Sabak Bernam-Teluk Intan-Lumut) sahaja memandangkan kami bertolak awal.

Kami juga dimaklumkan bahawa feri akan bertolak jam 10.30 pagi. Pada pengiraan aku, kitorang pasti sampai tepat pada masanya! Walaupun keadaan jalan yang agak sesat dan terlajak ke Bagan Dato (melepasi simpang ke Teluk Intan), kami sampai tepat pada masanya. Di jeti lumut kami parking kereta kat padanag sekolah kat depan parking bertingkat tu. RM10 per entry. Aku lihat agak secure cuma open parking jela. Tak kisah la tu. Janji ada guard yang jaga situ. Lagipun aku tengok banyak juga kereta yang parking kat padang tu. Nasib baik cuaca panas, kalu hujan mau becak kawasan tu. Option lain yang ada korang buleh park kat parking bertingkat sana. Aku tak pasti rate dia camana plak kat situ.

Dari jeti Lumut, kami bertolak ke Teluk Dalam (terletak di hujung Pulau Pangkor). Aku ingat kat sini ada kedai-kedai macam pekan Pangkor sana, rupa-rupanya langsung takda! Teluk Dalam Resort ni ala-ala private beach la. Menarik juge.
Dari jeti Teluk Dalam, sudah ada mini bus yang menunggu kami untuk dibawa ke Teluk Dalam Resort. Ketibaan kami disambut dengan nyanyian "Jalan-jalan cari makan" oleh staff Teluk Dalam Resort dan taburan bunga-bunga. Wahhh!! menarik. Nasib baik takda kena kalung dengan bunga-bunga gak :p

Kami juga dihidangkan dengan jus sebagai menyambut ketibaan kami. Satu yang menarik kat sini, konsep dia adalah ala-ala kampung. Korang takkan stay kat bangunan bertingkat-tingkat tapi korang stay dalam rumah-rumah yang dibahagikan mengikut nama bunga. Satu konsep yang menarik. Keadaan chalet juga adalah sangat selesa dan puas hati. Suasana yang sepi terutama di waktu malam memang sesuai bagi sesiapa yang mahukan kedamaian. Bagi peminat sukan air, korang boleh sewa jet ski atau kayak. Banana boat pun ada kalu korang nak cuba. Kalau nak melihat sekitar kawasan Teluk Dalam ni, ada perkhidmatan sewa motor dan basikal dengan harga yang berpatutan.

Orait cerita banyak pun tak guna. Korang boleh dapatkan info pasal Teluk Dalam Resort ni kat [SINI]

Aku upload beberapa gambar untuk tatapan korang, enjoy!


p/s: Next trip .... :)

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin