02 May 2008
Welcome Tun Mahathir as Blogger!
Sure korang kenal kan sapa blogger ni. Yes, tak lain dan tak bukan Mantan Perdana Menteri kita, Tun Dr. Mahathir Mohammad. Menurut satu sumber, ketika ditanya mengapa beliau berminat untuk membuaka blog, Tun menjawab "Depa (mereka) nak saya buat, saya buatlah," katanya. (www.malaysiakini.com)Menurut sumber itu lagi, blog yang hanya dibuka pada tengah hari semalam telah mendapat sebanyak 10 ribu hits setakat pukul 5 petang semalam!
kalu korang berminat untuk berkongsi idea dengan Tun atau memberi idea-idea bernas korang, boleh melawat bog beliau sendiri di sini (sila klik) atau menaip www.chedet.com.
Sebagai seorang blogger, saya mengucapkan selamat datang Tun! ke dunia tanpa sempadan!
Celcom Broadband

Penah nampak kat paper ke, tv ke, billboard ke iklan celcom broadband ni?
Korang ada guna? camana servis? ok?
Bulan lepas aku ada pegi satu PC fair ni di utara tanahair. Hari pertama aku pergi aku 'usha' barang jer. Tetiba aku terberhenti di satu booth celcom ni. Diorang ada offer pakej celcom broadband ni kat aku. lepas cerita punya cerita, sembang punya sembang, aku pun cakap aku nak balik dulu nak fikirkan lebih lanjut pasal pakej tuh. Malam tu aku pun buat la kire-kire dengan jayanya. Setelah di tambah, ditolak dan didarab, maka aku pun terbukala hati untuk mencuba pakej tersebut.
Maklumla wireless. aku ada gak guna streamyx kat umah tu tapi jenuhla. sebab aku dah keje kat KL. takkan nak balik muar semata-mata nak surf internet! bila aku pikirkan yang aku masih memerlukan satu medium yang mudah alih dan tak banyak songeh, aku decide nak langgan pakej ni.
Esoknya akudah terpacak kat booth celcom ni. Mamat yang bagi penerangan kat aku takda plak harini. so aku deal dengan manager dia (aku rasa sebab dia bagi kad nama tulis jawatan dia manager). aku beli sekali modem blue cube celcom ni. masa offer tu harga dia RM499! murah beb! aku langgan pakej D98 sekali. bermakna aku dapat unlimited broadband dengan speed 3.6mb! laju tuhh!
Sampai Kl aku trus try. Bersemangat beb! bila buat connection jerk trus dapat 7.2mb! perghhh!! dasatt! buka web sana sini lancar jerkk. aku pun mula la mendonlod skit anime aku yang dah lama aku tinggalkan. hari ke-2 guna, masih dapat lagi speed 7.2mb...tapi..nak buke website yahoo pun tak boleh! slow giler! takpela...aku rasa maybe aku online waktu perdana dan tengah ramai yang guna sebab tu slow. hari ke-3 , masih dapat speed 7.2mb tapi YM je boleh buke! tu pun selalu disconnect! apa ke hal ni yoob?! bayar mahal-mahal sampai RM100 lebih sebulan tapi connection macam kure-kure! kure pun laju aku rasa!
Aduhh! tension betul kadang-kadang dengan celcom ni! nak kata aku duk dalam gua tak juga. aku duduk Jalan Ampang beb! tengah-tengah kotaraya! belakang tu je menara celcom tu!
Sepatutnya bila pelanggan dah bayar servis dengan harga segitu, celcom kenala provide dengan khidmat yang setimpal dengan bayaran yang dah dibuat! bukan kitorang guna free,tapi BAYAR! nak terminate takbbuleh plak sebab ada kontrak SETAHUN!
So, buat kawan-kawan lain, sebelum melanggan pakej ni korang pikir masak-masak dulu. kalu dah pikir masak-masak, pikir lagi sampai berasap kuali tu. jangan mudah terpesona dengan awek cun celcom yang jaga kaunter tuh sebab bila korang call 1111 bukan dia yang jawab dan korang takkan jumpe dia lagi dah!
30 April 2008
Antara Hukum, Undang-Undang dan Peraturan...
Seorang sahabat bertanya,
Mana lagi tinggi, Hukum, Undang-undang atau peraturan?
Secara spontan aku jawab, tentulah hukum yang paling tinggi. Di ikuti oleh undang-undang dan seterusnya peraturan. Kenapa? Sebab hukum datang dari Yang Maha Esa. Undang-undang adalah ciptaan manusia dan peraturan lahirnya dari undang-undang.
Kemudian, satu lagi soalan diajukan…
Kalau hukum ialah yang paling tinggi, kenapa manusia tidak takut kepada hukum tetapi lebih takut kepada undang-undang dan peraturan? Kita bagi contoh, di sebatang jalan raya ada sebatang lampu isyarat. Kita sedang bawak kereta. Tiba-tiba lampu bertukar merah dan kita berhenti serta merta. Kenapa? Sebab kita ikut undang-undang, merah maknanya berhenti. Kalau kita jalan je dan 100 meter lepas tu kita kena tahan polis apa kita nak jawab? Polis tanya, “kenapa awak langgar lampu merah?” kita jawab “sebab saya ikut hukum” agak-agak apa yang bakal jadi? Tentu kita kena saman gak
Pelik…kenapa manusia begitu takut kepada undang-undang dan peraturan tetapi tidak takut kepada hukum? Nak kata dua-duanya tidak tertulis, nah kita tengok dalam Al-Quran…ada tertulisnya hukum. Kita tengok dalam akta, ada tertulisnya undang-undang dan peraturan.
Adakah manusia lebih gerun kepada undang-undang dan peraturan daripada hukum? Tepuk dada, tanya iman. Satu perkara yang kita kadang-kadang terlepas pandang….fikir-fikirkan.
28 April 2008
IKLAN: What u know about Computer?

Kisah benar - bebal komputer
(p/s : telah dialih bahasakan.)
"Ridge Hall computer assistance; boleh saya bantu anda?"
"Ya, err, Saya ada masalah dengan Microsoft Word ."
"Masalah bagaimana tu encik?"
"Saya sedang menaip, tiba-tiba semua perkataan tersebut hilang."
"Hilang?"
"Ya, ia hilang."
"Hmm. Macam mana monitor anda kelihatan sekarang?"
"Kosong, tak ada apa-apa."
"Tak ada apa-apa?"
"Blank, ia tak respon apa-apa bila saya menaip."
"Adakah anda masih didalam Microsoft Word, atau anda telah keluar?"
"Macam mana saya nak tau?"
"Bolehkah anda nampak C: prompt pada skrin anda?"
"Apa tu si-perom?"
"Tak apalah, boleh tak anda gerak-gerakkan mouse anda di skrin?"
"Cursor pun tak ada:
"Adakah monitor anda ada power indicator?"
"Monitor tu apa?"
"Ianya adalah sebuah alat yang ada skrin padanya dan ianya berbentuk seperti TV."
"Adakah ianya mempunyai lampu kecil yang menyala bila monitor anda dihidupkan?"
"Saya tak tahu."
"OK, kalau begitu
"Rasa-rasanya. "
"Bagus. Ikut wayar tersebut hingga ke plug, dan adakah ianya dipasangkan pada soket elektrik di dinding anda."
"Yaa, terpasang."
"Masa anda lihat di belakang monitor tadi, perasankah anda ada dua wayar terpasang di belakang monitor anda, bukannya satu?"
"Iya ke?."
"Sebenarnya ada dua. Sekarang saya nak anda pergi balik ke belakang monitor anda dan cari satu lagi wayar tersebut"
"Okay, jumpa dah."
"Cuba ikut wayar tersebut dan beritahu saya samada ianya terpasang dengan ketat di belakang computer anda."
"Alamak tak sampai laa."
"Ok... boleh cuba jenguk-jenguk samada ianya terpasang atau tidak?"
"Tak boleh."
"Tak boleh juga ke jika anda
"Oh, saya tak nampak bukannya sebab angle tak betul, tapi pasal gelap."
"Gelap?"
"Ya. Lampu pejabat ni terpadam dan satu-satunya sumber cahaya yang saya ada adalah dari cahaya tingkap."
"OK, kalau macam tu hidupkanlah lampu pejabat anda."
"Tak boleh."
"Tak boleh? Kenapa?"
"Sebab kat pejabat saya "blackout", tak ada elektrik."
"Blackout... tak ada elektrik? Aha, Okay, kita dah dapat penyelesaiannya sekarang. Anda masih mempunyai kotak, manual dan barang-barang pembungkusan semasa komputer ini dihantar?"
"
"Bagus. pergi ambil barang-barang tersebut dan unplug komputer anda. Kemudian bungkuskan sepertimana masa ianya baru-baru sampai dulu. Hantar balik ke kedai dimana anda beli dulu."
"Ehh? Ye ke? Macam tu sekali punya teruk ke?"
"Iya, rasa-rasanya macam itulah."
"Err... okey lah. Nampaknya saya kena buat macam tu lah. Tapi nak cakap apa dengan pekedai tu?"
"Beritahu mereka anda terlalu bangang untuk memiliki sebuah komputer."
“Err…”
IKLAN: Indian Best Driver!
Cuba korang tengok klip ni. Hebat tak?
Kalu kat KL, jangan harap macam ni!
Baru rosak skit trafic light Jalan Ampang tu, mau jem sampai KLCC sana! lepas tu mau ada eksidenla, apala.
kan bagus kalu semua rakyat malaysia ada sikap macam orang india ni.
amacam? ada bran?
Selamat Bersidang YB!

Tetakala aku sedang menaip ni, sidang parlimen pertama malaysia bagi sesi 2008 sedang bermula.
Tahniah YB-YB semua. semoga anda dapat menjalankan amanah yang telah diberikan oleh rakyat kepada anda! Pertama kali dalam sejarah juga, sidang parlimen kali ini akan disiarkan secara langsung ke kaca tv anda! tahniah-tahniah! satu perkembangan terkini dan terbaru.
Diharapkan sidang parlimen kali ini lebih ramai pemimpin yang bercakap sambil membuat kerja daripada bercakap tapi takda kerja! Oppss!! sekadar pandangan dari seorang rakyat biasa. Tempoh 5 tahun bukan nya lama YB. Kalu rakyat tak berapa gemar gaya pimpinan korang tidak mustahil akan berlaku tsunami politik buat kali keduanya. So, amanah yang telah di amanahkan di bahu anda semua hendaklah di pegang dan di laksanakan dengan jayanya. 'Bekerja untuk rakyat' dan bukan rakyat yang bekerja untuk anda! jangan jadi pahat dengan penukul...sekali ketuk sekali jalan...sekali ketuk...sekali jalan. Kalu tak ketuk, sampai bila-bila tak jalan!
Fakta menarik Sesi parlimen kali ni:
- Sembilan puluh sembilan (99) wakil rakyat adalah dari kalangan muka baru! (tukang rakam video klip pun ada...boleh mintak tolong buat rakaman majlis kawin ni heheh..yes...correct!)
- Parti Pembangkang ada ada 82 ahli, 4 kali ganda lebih ramai dari sidang lepas! (Syabas inspektor sahabbb!)
- Datin Seri Wan Azizah akan jadi Ketua Pembangkang Wanita pertama
- Ada pasangan anak beranak, adik beradik, menantu mentua etc (oopss!)
Perkembangan dan tindakan dari YB-YB semua akan kami balas dengan "kuasa mengundi" yang ada pada tangan kami, so rajin-rajinkan lah diri anda mendengar suara rakyat biasa ni :)
Selamat Bersidang!