23 June 2010

Ada Mata Pandang

Anak Tokey Shell Punya Cerita



Saya selalu servis kereta kat bengkel dia ni (alamak! baru saya perasan saya tak pernah tanya nama dia sapa hahaha), maklumla biasa jumpa panggil 'boss' takpun 'uncle'. Dia pulak kadang-kadang panggil saya 'boss' jugak. Agaknya beginilah caranya orang-orang bukan bumi berniaga. Menjaga pelanggan bersungguh-sungguh. Tak macam orang kita, nak mencekik pelanggan lagi ada. Opss..tak semua kan. Saya merujuk pada orang kat planet lain ni, abang-abang jangan marah pulak heheh.

Tokey ni ada sorang anak (yang selalu ada kat kedai dia tu lah), dah anak lelaki beliau ni baru sahaja abis SPM baru-baru ini. bapak dia ni pun cerita la yang result anak dia ni tak power, lepas tu nak masuk U susah etc. Dan saya pun dengar jela sambil melihat-lihat kereta saya sedang di servis. Saya tanya pada dia, 
"Abis u nak anak u keje dengan u terus ke ni?" 
Dia jawab, "Tak mau ma, saya mau anak saya pigi belaja jugak. Tak dapat masuk U takpa, nanti saya hantar pigi kolej. Dia kilija sini pun bukan dapat apa, bagus belaja sana juga". 
"Ala tokey, u kan dah ada bengkel ni, anak u boleh jaga kan nanti" Saya cuba provoke. 
"Takda, saya mau dia belaja juga. Mau dia rasa susah skitt. saya pun dulu orang susah ma. Tak mau dia nanti rasa senang dapat luit takda belaja punya"
Saya senyum. Agak-agaknya orang-orang kita nak ke buat macam tu? Ataupun kita akan dengar ayat macam ni;
"Ala mad, ko sekolah dah tak pandai tu baik tolong ayah jaga kebun je ni ha. Kang ayah dah takda, ko jugak boleh amik kebun ni" Tak pun;
"Ko belaja tinggi-tinggi pun ke daput jugak minah oi. Baik mak pinangkan ko dengan anak tok penghulu hujung kampung tu jerk. Boleh mak menumpang kesenangan ko nanti"
Agak-agak ada lagi ke kisah orang kita macam tu? Kita sambung nanti heheh

p/s: jari beku nak menaip huhu

Photobucket

1 comment:

aL-gOjO said...

wakakaka tq cik emo atas tutorial ahaks

senang jerk kalu taknak pecah kepala, rebus buku² tu minum airnya ahahaha

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin